:: (-_-”) ::

Anna Molly ~ Incubus sedang berkumandang di corong speaker. Buat pertama kali dalam sejarah, aku tak tau apa jer aku nak tulis dalam blog aku. I wonder how the OTAI² buleh hidup dengan menulis 7-8 entries per day. Hidup diaorang tentu sangat exciting … perhaps. Kalo kata nak compare ngan hidup aku yang ala² jer nih kan. Not that I hate my life, just ianya sangat ordinary. Sama seperti hidup² orang lain atas muka bumi ini. So, takde beza antara ko dan aku … maka nya kalo tak tulis kat sini pun … tak jadi kudis kata orang
Hari Ahad nih Malliq is gonna be 7 months old! Huhu … cepat betul si bujang tu beso. Diam tak diam je dah pandai merangkak cam lipas kudung. Dia adalah true born sportsman lah aku rasa. Entah bila je dia tetiba pandai merangkak dengan sangat laju. Dan kakinya adalah seperti Michael Phelps sang perenang jagoan itu. Sangat la pantas terkuak² di atas lantai. Aku rasa kalo aku campak dia dalam swimming pool nih … harus complete 1 lap
Projek menyelamatkan buku²an masih berjalan. Ergh! Masih bertimbun dan tak bergerak² laie. Dikala tengah seronok membalut datang pulak segerombolan bebuku baru yang perlu perhatian. Waduh! Skarang buku² baru dok bertenggek jer kat tangga. Semua lalu lalang buat donno jer. Hahaha … terima la nasib yang bakal menimpa mu wahai si buku baru
Opis had been easy peasy these few weeks. Ada 1-2 glitches here and there, but most of the time adalah pleasant. Hey, aku telah berkeputusan untuk sambung kontrak aku for another 2 years. Yups … aku adalah masih takde kecekalan untuk berhenti dan bekerja dari rumah. 1 pencari rezeki masih tidak relevan dalam hidup aku. 2 pencari rezeki adalah masih diperlukan khidmatnya. Tapi … 1 pencari rezeki akan datang … buleh dipertimbangkan. Masih mencari² apakah yang sesuai dengan minat aku. Terlalu banyak menda yang minat … akhirnya hilang fokus lalu crash and burn. Terlampau berfikir pun mengundang bahaya

On a lighter note … aku masih tak percaya Wacko Jacko sudah tiada, Simpati kepada dia yang ada segalanya tapi masih kesunyian. Thank goodness hidup aku dikelilingi dengan kesyukuran. Keluarga yang havoc, kawan² yang baik² [walaupun ada yang tak baik, aku anggap semua orang baik² jer], rumah yang bersepah tapi tetap dihati, anak yang comey dan suka tarik rambut dan bulu badan manusia, suami yang memahami [ehem ehem], keta kecil yang buleh ditransform menjadi speed demon secara paksa memecut sehingga 160 km/j hanya kerana nak pecah rekod dari tol Ayer Keroh ke tol Senawang hanya 25 min saja, makanan yang pada aku sentiasa saja sedap [selera adalah selera buaya!], kesihatan yang alhamdulillah. Apa laie yang aku harapkan? Oh … Jutawan Power Root pun buleh disenaraikan lah. Cita-cita …
Bulan depan dah puasa weih. Aku lom ganti posa laie. Mengandung dan puasa membolehkan nafsu mencari alasan untuk berbuka. End-up aku tinggal posa 10 hari. Cis … sangat motibasi. Minggu depan nak posa dengan gigih. Mari posa yok!
Kawan aku cakap, dia gemuk sebab dia makan durian banyak sangat. Dulu kawan aku nih buleh tahan skerempeng gak lah. Tetiba last year aku jumpa dia, she’d gone up 2.5 times the original size. So aku terkejut lah jugak kan sebab hampir jer sama size dengan aku yang current nih. Betul ke??? Sebabnya musim durian nih aku betul punya melantak durian tak henggat dunia. Skarang aku terasa la yang badan aku nih dah gain few kilos. Pergh bukan few lah … aku rasa banyak giler naik sebab buruk dah aku rasa. Kui kui kui … nampaknya ke tolak tepi je lah offer² manusia murah hati yang ajak aku makan durian tu. Oh … so sad nya
Minggu ini sangat best sebab kerap hujan dan menyejukkan dunia. Incek … adakah kita telah tidak memerlukan air-cond laie? Tapi kalo ada air-cond pun bagus, takde la Malliq asik kena humban tido dalam keta je sebab tak tahan panas. Malliq sangat eksyen tak tahan panas dan perasan dia anak omputih yang tinggal kat negara 4 seasons. Cheh … itu statement benar … dah ramai kata dia anak omputih, menyebabkan aku rasa kecik ati sebab aku tak rupa omputih. Walaupun aku putih … rupa aku hanyalah camnie je …
The Michelin Man, otherwise known as Bibendum
Hahaha … sangat tipu kan? Katanya tadi tak tau apa nak tulis. Skarang dah lain citer. Berjela² lak bebel. Ok lah, time soru dah sampai. Kadang² susah jadi orang yang ada selera baik nih. Patuh betul dengan permintaan. Chis alasan …
Tekak orang sihat,


Credits:
The Michelin Man pix :
here

Comments

  1. Yerlah,... sy pon masih dok tercari2 hari nak poser... byk sungguh dugaan puasa time bulan nih... [kan ke musim buah skang ni...]

    ReplyDelete
  2. weii semalam aku nampak ko ngan en hubby kat cold storage..makan sampai x pandang kiri kanan...haih..aku nk tegur ko tgh khuyuks mengoyah..kekkekke

    ReplyDelete
  3. :: idura ::

    hehehe tabahkan la hati ... kalo tak langsung tak dapat ganti nanti

    :: Qaseh Qasturi ::

    ko nih ... lain kali tegur je lah ... untung² aku belanja ko makan ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::