:: Tuhan Misteri ::

A caller said …

Let’s be honest to ourselves lah … there is no such thing as inner beauty. When I marry my wife at that time my girlfriend … my eyesight was very good. Now as I get older, my eyesight is very bad lah … fair enough la. God works in mysterious ways lah. But I know that my wife assam laksa is still sweet like before …

Funny lah this guy … and its true too

I was listening to Lite FM when the DJ asked you about how you looked at your spouse after sooooo many years together. So, one after another caller said that the way how your spouse looked today is not important, but the inner beauty is what they really appreciate

What this guy said is also true … ‘kejam’ but true. Tipu la we still gonna look exactly the same masa kita baru² kawen kan? Most of us, mesti ada perubahan. But some lucky person, jadi bertambah elok lepas kawen. Before kawen memang orang kata apa … muka pecah rumah? Dah kawen, dah ada anak, makin bertambah elok je … segak, kemas, cantik

Tuhan tu adil. Sebelum kawen, aku nih kira ok² je lah. Dalam kategori manusia cukup makan. Takde la kering cam orang afrika tak cukup zat. Incek Jaque pulak kejap kurus, kejap bulat. Most of the time, he was on the heavier side lah. Lepas je aku kawen … amik ko. Badan aku naik dari kategori lightweight terus jadi super heavyweight champion. Kah kah kah. Aku tak kisah lah itu semua. Masa kurus² aku susah nak mengandung. Bila dah bulat cam apam kukus, tak sangka lak tetiba leh mengandung dan dapat la si comel Malliq tu. So … fair lah kan? As long as aku sihat, bulat pun bulat lah … aku tau aku cumel. Hihihi …

Skarang Incek Jaque pulak yang makin kurus. Size suar dari 38 jadi 34 … nyampah aku. Tapi bagus gak bila dia dah kurus. Buleh la aku soh dia memacam sebab cargas sket dia nak bergerak. Kalo tak masa zaman bulat … berat jer nak angkat badan. Walaupun takde la besau mana pun. Skarang dah slim betul. Sangat jeles. Semua suar keje nak kena cari baru. Aku pun nak kena cari baru jugak … sebab dah tak muat. Hahaha

God really works in mysterious ways. Nampak cam tak adil … but, ada hikmah disebalik setiap peristiwa tu. Cam akak aku, bila laki dia buat hal menggatal ngan pompuan lain, diaorang pun bercerai lah. Lepas cerai, rezeki dia, dapat keje kat Dubai. Skarang tengah berhoya² hidup ngan tenang di samping duit yang banyak [Hoi … derma sket kat sini]

Jadi … apa saja yang berlaku dalam hidup anda, hadapilah ia dengan senyuman. Cam aku kat opis nih. Setelah berjaya menyabarkan diri dari menetak dan mencincang si Mok² tu, aku akhirnya akan mendapat PC baru setelah 5 taun bekerja dengan penuh dedikasi. Chewah … perlu ke bagi statement dedikasi tu? Even Mok² suka buat keje yang bagi naik darah orang, tapi ngan aku dia slow sket. Takde la macam dedulu. Kalo pandang pun rasa nak ludah jer … itu ler berkat kesabaran

Pandai bagi tazkirah Jumaat yer? 

Nota Kaki Lima

Just in case you want to know :

Weight (up to) AIBA
91+ kg (200+ lb) Super heavyweight
91 kg (200 lb) Heavyweight
81 kg (178 lb) Light heavyweight
75 kg (165 lb) Middleweight
69 kg (152 lb) Welterweight
64 kg (141 lb) Light welterweight
60 kg (132 lb) Lightweight
57 kg (125 lb) Featherweight
54 kg (119 lb) Bantamweight
51 kg (112 lb) Flyweight
48 kg (106 lb) Light flyweight


Thanks to Wikipedia : here

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::