Posts

Showing posts from May, 2009

:: Bersawang Sudah ::

Image
Adoi aii. Lama la pulak rasanya tak menghapdet. Aku bizi lah. Minggu nih je 3 hari gie kursus. Minggu depan lak 3 hari kursus laie. Naik tepu otak aku absorb meklumat. Tapi ada kebaikan gak aku pie kursus. Takde la nengok muka Si Mok² Pacat tu. Tapi kesian la kat opismet aku. Apa nak buat ... ikut kan aje la Ada few projects coming up really soon. Takde apa pun yang hebatnya ... projek syok sendiri je yang betulnya. Oh aku tak dulik ... aku tak kacau sesapa pun Erm ... itu je lah kot setakat ini. Selain bizi-membizi tak tentu hala aku adalah sangat malas sekarang. Yang iyer nya ... aku adalah sangat keletihan. Phew ... rasa nak habiskan perenggan nih pun sangat payah Ok peeps ... aku sambung kendian

:: Caliculus Gustatorius ::

Image
Sedap nya bubur nasi Dimakan bersama ikin bilis Yang digoreng bersama bawang dan telur Ditambahkan dengan lobak manis Diperhebatkan laie oleh telur asin Kalo dibandingkan dengan bubur ayam Aku laie suka bubur kosong Sebab buleh makan ngan lauk yang banyak Oleh kerana aku kan malas Itu je la lauk yang dimakan ngan bubur nasi Sedapnya sampai makan bertambah² Bawak opis pun dikebas separuh oleh opismet Takyah resepi lah Korang laie hebat dari aku Rasa macam nak cari d-SLR lak Hehehe p/s : caliculus gustatorius ialah Latin untuk taste buds

:: I’m In So Much Trouble ::

Image
Takde la apa trouble nya pun Cuma masalah mental jer Itu cincin masa aku bertunang It was 4 years ago Hari Rabu lepas saja le nak pakai Ketat gila ok Aku paksa jugak pakai Akhirnya cincin itu tersangkut Nak terus takleh Nak gostan takleh Sakit nie … Pulas² tak gerak Pusing² tak berganjak Amik losyen sapu semahunya Akhirnya keluar juga Tapi jari aku bertanda merah Cincin takde Kesan je yang tinggal Padan muka aku p/s : aku memang tak pakai cincin pegi memana … baik cincin kawen or cincin tunang. Skarang … amik la obat. Badan naik … saiz jari pun naik. Kah kah kah … ini maknanya kena beli cincin baru. Halo Incek, itu Habib Jewel sudah bukaaa la itu Mydin sana … bila mau pigiii???

:: Ini Untuk Motivasi ::

Image
Sempena Malliq dah pandai meniarap sendiri ... kitaorang belikan dia hadiah galakan. Chewah ... takde makna nyer la, tapi memang nak belikan dia sweater sebab yang lama udah tidak muat laie dong. Malliq skarang pakai baju budak umuq setaun yer kengkawan. Badan dia takde la berisi sangat ... cuma bidang and tinggi. Ini belum aku bagi makan calci-yum laie nih ...   Buat muka terkujat la konon   Masa nie selesema belum baik laie

:: Luv ‘Em Birds ::

Image
Aku sangat suka membaca. Mungkin skarang tak banyak baca buku … but still aku membaca. Baca blog korang la … dan aku jugak banyak baca RSS feed guna Google Reader aku yang setia tu jelah. Even takde buku … aku tetap membaca. Kalo tak membaca rasa cam … ringan jer otak aku. Hehehe … buleh ka? Masa kecik² aku dulu mana ada cam skarang. Kitaorang dulu main combat², main dalam umah, main beskal, main lompat getah, galah panjang … nasib baik la adik beradik ramai, end-up kitaorang selalunya main sesama sendiri je kat umah. Mak Pak aku tak galak sangat kitaorang main kat luar. Kengkawan aku tau la betapa hazab sengsara nak ajak aku main luar dari pagar umah … Kalo takde aktiviti nak buat … kitaorang lebih suka lepak dalam umah dan baca buku. Nasib baik la umah kitaorang nih banyak gila buku. From Enid Blyton, to the Ladybird books, dari Edward de Bono ke Reader’s Digest … u name it, we got it all. Memang hantu buku, termasuk juga majalah, komik dan bahan bacaan lain Paling aku suka bac...

:: Sila Jangan Try ::

Image
Pada satu hari yang agak kebuluran, kami pegi ke sini untuk mencuba makanan di situ Saya order   dan Incek Jaque pula order   Kami rasa sangat kecewa kerana kuayteow saya rasa dan tomyam Incek Jaque ada Mungkin resepi baru sebab baru saya tau masak tomyam letak bunga kantan. Kesudahannya tomyam itu rasanya macam masak asam yang cair kebair. Semua tak sedap … sangat tak berbaloi² kerana kami masih kebuluran Kalau korang nak try juga … sila la. Ini pendapat peribadi saya je. Tapi mungkin juga buleh dipercayai sebab deria rasa saya (lidah) adalah amat sensitif dan cerewet terhadap rasa makanan dan masakan Tidak buleh direkomen kepada kengkawan Rating : 1* [itu pun untuk layanan yang ok² jer]

:: Mekk Bekk Bekk ::

Image
Hari Ahad adalah hari Aqiqah Malliq dan sepupu² nya. Dah selesai la tanggungjawab kitaorang. Buat sementara ni la. Oh yer, takde kenduri aqiqah. Kitaorang sedekah kambing² tu suma ke umah anak yatim. Senang lah … bagi orang yang lebih memerlukan makan sedap². Kami sefamily pencinta daging kambing. Memang pilih kambing over lembu … Kitaorang terjah kandang kambing Incek Borhan nih lebey kurang kol 8.30 pagi. Kambing pun baru bangun tido. Bermula la sesi ramah mesra ngan kambing. Memasing macam orang jakun tengok kambing. Dapat la korang tengok kandang kambing jadi glemer kejap. Kambing nih pun mata naik berpinar asik kena flash Kandang kambing jadi set pengambaran. Semua sebok pakat amik gambo sana-sini Hey … ini angsa la, bukan kambeng Ini kambing Malliq … dia tak tau pilih … aku ngan Incek Jaque la yang pilihkan     Selesai Muka benyek kena bangun pepagi …

:: Takleh Tido ::

Lama tak update yer. Banyak keje aaa ... dan pening² lalat sket skarang. Oh, Malliq takkan dapat adik laie for about another 10 years kot. Kah kah kah ... Ini pun nak update sket apa dah terjadi kat blog nih. Ada beberapa penambahan. Ada comment box ... bawah follower tu. Kalo ada pepe nak tinggal pesanan ... sila la guna kemudahan tu. Contoh cam nak pesan soh update blog ke apa kan ... Kedua nyer ... ada penambahan FEATURED SITES kat bawah kotak sembang tu. Ini aku letak link kengkawan yang mintak tolong promosi biz diaorang serba sket. Klik la memana korang suka ... later on akan bertambah. Skarang baru 2 orang jer Then, kat bawah page nih korang nampak tak ada nuffnang nyer logo floating around? sila la expand dan buleh ler nengok features terbaru dari nuffnang yang dipanggil exchange. Nanti lah aku buat review pasal menda nih. Baru jer test ... tak sempat nak belek laie Apart from that ... takde apa nak update sangat. Life cam biasa jer ... surviving. Pehtu, oh yer sok pepagi b...

:: Ingatkan Takde ::

Image
Semalam patutnya aku kena dok kat Dewan Banquet celebrate Hari Ibu ngan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI). Oleh kerana si Malliq pun tak berapa nak ok, lepas je jalankan tugas murni aku iaitu memasang backdrop ... terus je aku gegas cabut lari. Hahaha ... mintak maaf la yer. Aku bukan anti-sosial, cuma tak berapa gemar nak berkumpulan. I'm better of alone. Ramai kawan tapi malas mau join itu band-wagon Anyway ... sesi melarikan diri itu adalah tujuan murni. Kitaorang pegi ke kenduri kawen adek kepada opismet aku. Sib baik la gak tak nyesat ... alah, Melaka nih susah nak sesat la. Best je kenduri nih sebab umahnya kat tepi laut. So kitaorang lepak makan kat bawah pokok. Sangat shady and windy ... mata naik kuyu dibuatnya. Kalo makin dilayan ... mau lelap Lepas pegi kenduri kawen tu, apa laie ... lepak kat umah mak la jawabnya. Si Malliq lak minggu nih asik mengaruk je ... susah mau tido. Risau gak aku. Then demamnya pun tak bebaik laie sampai skarang Masuk je petang, ki...

:: And I Think I'm A Bad Mother ::

Image
Kadang² aku rasa aku ni bukan la mak yang baik sangat pun. Macam tak layak je jadi mak. Ye lah, tengok orang lain membesarkan anak² ... aku rasa apa yang aku buat nih below par jer ... cam nanti kesian anak aku bila besar nanti. His childhood not as grand and memorable like others. Tak tau la pesal ... mungkin sebab semalam Hari Ibu yang pertama bagi aku, takde rasa achievement langsung sebagai ibu. Hahaha ... what do you expect from a 5 months baby la kan? Bukan buleh wish Happy Mother's Day @ give me a nice card. Anyway ... hari nih rasa rindu pulak kat Malliq ... tengah buat apa la dia sekarang Aku bukan bangsa mak² yang akan tepon every 2-3 jam tanya anak buat apa. Ye lah, anak aku cakap pun tak reti laie. No point pun aku nak tepon. But some mothers yang akan call nursery @ nanny tanya anak camner so on so forth ... Me? Nope ... aku percaya diaorang menjalankan tugas dengan baik. Aku harap diaorang menjalankan tugas dengan baik Teruk ke aku? Buat tak kisah je ke aku? Pern...

* Berkesan Kah? *

Image
Letak gambo takut camni pun ilek je kawan aku isap

:: 5 Bukan Jari Saja ::

Image
Wah … lama jugak aku tinggalkan blog nih. Ini suma Si Mok² nyer pasal lah. Ahh … malas lah nak komen pasal Mok² tu laie. Dalam post lain lah aku citer ek … Selama pemergian ku lebey kurang 1 minggu lebey tak hapdet, memacam citer nak kongsi ngan korang. Terutamanya pasal si anak bujang aku yang sorang tu lah … semalam genap la dia berusia 5 bulan Perkembangan Malliq @ 5 Bulan Mulut makin becok … kalo dia membebel … tak larat nak layan siap ngan bersembur air liur Makin kuat makan … susu jer 8 oz, biskut Heinz 1 keping, vege puree Heinz 1/2 botol … pun masih lapar Berat sudah hampir mencecah 8 kilo … kussemangat, naik cramp tangan kalo dokong kat shopping mall Gigi hampir mau keluar … ada 2 batang gigi depan di gusi bawah sedang menunggu untuk terjah keluar Rambut makin lebat … ooo aritu cukur bantal, memang habis terus rambutnya … skarang dah ada balik Dah pandai minum susu pegang botol sendiri … ini dah lama dia...

* Cubaan Pertama *

Image
Makan beskot Heinz nak pegang sendiri tu. Dah beso katanya.

:: Mintak Tolong Sket ::

Image
Nak mintak tolong sket ngan korang ... kot² le ada yang aku nak mintak nih. Aku nak mintak tolong sapa ada logo Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia (W.I.) buleh tak email kat aku ngan kadar segera???  Nie email aku ek >>> jaquedira@gmail.com <<< Please la sesapa yang ada tu ... pueh aku cari tak dapat Thanks yer