:: Setin Halal ::

Kenapa la ngan blogger arini ? Nak komen kat blog sendiri pun tak boleh. Takpe lah. Itu hanya isu minoriti. Skarang mari kita pergi ke isu majoriti

Isunya

komen

:: iQa ::

Terima kasih atas keperihatinan saudari. Mohon saudari check semula sebab JAKIM telah mengesahkan Golden Churn Creamery Butter itu sememangnya HALAL. Ini beberapa contoh carian yang telah saya buat untuk makluman saudari

http://halalmedia.my/jakim-confirms-golden-churn-butter-halal8 Julai 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/7/sarawak/9045088&sec=sarawak7 Julai 2011

http://myhalal.blogspot.com/2011/07/golden-churn-butter-is-halal-confirms.html8 Julai 2011

Sebenarnya JAKIM telah mengesahkan keHALALan Golden Churn itu pada 6 Julai 2011. Website yang saudari refer itu merujuk kepada Kes Kluang Rail Coffee (KRC) yang telah mensub-con proses menggoreng biji kopi yang digunakan di KRC kepada satu syarikat. Dalam hal ini KRC sebenarnya tidak bersalah tetapi syarikat kedua itu telah tanpa sedar/dengan sedar telah mencampurkan bendasing di dalam bahan untuk memproses kopi untuk KRC

Golden Churn hanyalah salah satu bahan yang digunakan untuk memproses kopi tersebut

Terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan saudari


Ok … kes sudah selesai

Jadinya … jangan lah takut Golden Churn itu tidak boleh dimakan kerana HARAM. Tetapi takutlah Golden Churn itu tidak boleh dimakan kerana MAHAL !!!

Kopak weih. Well, the best is always expensive. Nak sedap – bayo ler ! Kalau ikut saiz poket … makan je la apa yang korang mampu

Tapi … aku sajes, sekali sekala … duit mekap korang tu labur la sket kat makanan yang sedap² supaya bila masak untuk family, diaorang akan sentiasa terkenang kesedapan masakan korang. Hati gembira jika perut dan tekak gembira

Happy eating !

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::