08 July 2011

:: Bulat Lapis Bulat ::

Ini cerita kelas memasak

18062011599

Ini cikgu memasak nya. Nama kat fB – Nora Nabella. Nama manja Kakyong. Kelas dibuat kat umah aku. Kelas masak apa ek ?

18062011621

Macaroons !!!

:: Bulats bulats ::

18062011600 18062011601

Ini peserta kelas memasak tu. Serius sebenarnya … sorang pun aku tak kenal. Kekeke. Ngan cikgu² nya sekali aku tak kenal. Kakyong tu aku saja offer tempat nak buat kelas bila dia war²kan kat fB. Aku suka jer orang datang umah aku. Laie pun leh tambah kenalan

Kiranya semua yang kat atas nih kenal masa kat umah aku ler. Ada Rafiah dan Mak Mertua, Dayah, Elly, Farah (dari Muar) dan 2 orang akak yang aku hilang ingatan sapa nama derang. Ampuns !

18062011604 18062011605

Semua peserta berkobar² tu. Kelas adalah secara demo dan juga hands-on. Lepas Kakyong tunjuk cara nak buat macaroons, dia bagi kitaorang bahan² dan try sendiri camner nak buat. Baru ler leh ada feel camner adunan yang betul untuk pipe macaroons tu

18062011609

Ini cikgu punya sample. Yang cam corak² kat bawah macaroons tu ialah template untuk pipe berapa besar macaroons tu. Size nih, sedap² jer untuk masuk sekali ngap terus dalam mulut. Yang kaler cekelat tu bukan baking paper, tapi silicon paper atau fiber paper. Kalo pakai baking paper or parchment paper … kemungkinan untuk macaroons tu melekat adalah tinggi

18062011610 1806201161118062011612 18062011613

Acara hands-on bermula dan terciptalah bulats² yang bermacam kaler. Kawaii !! Lepas tu macaroons tu disidai. Sidai ke jemur ke memana lah. Hahaha. Tujuannya adalah untuk membolehkan macaroons tu kering dan berkulit. Aiyok … kulit tu cam kering sket, bila kita rasa ngan jari, ia tak melekat di jari

18062011615 18062011622

Kita bako jer ! Kalau macaroons tu bebetul kering … baru lah masa bakar tu dia cantik jer naik ke atas dan berkaki. Kalau tak cukup kering, nanti masa bakar akan pecah. Oh sungguh tak lawa kalo pecah

18062011617 1806201161818062011619 18062011620

Bila siap bakar … isi la filling pulak. Ada cokelat, ada oreo dan last peanut butter ! Banyak la jugak yang dapat. Sebabnya semua menjadi. Alhamdulillah !

18062011624

Dengan gembiranya semua orang dapat bawak balik 1 bekas yang isi perutnya ada lebey kurang 20 ketul macaroons ! Hoyeh hoyeh … dan dengan rakusnya Malliq membedal sampai tak berbaki. Sempat la aku sorok 3 ketul nak bagi adeq manis kat opis aku tu. Kitaorang pun dapat la rasa 3 biji sorang

Ok kelas pun tamat !

Kalo korang nak order macaroons … leh tengok kat sini

4 comments:

  1. eh.. eh.. ada kaki takde kepala..
    mistewiiii!!!
    bukan macaron tak berkaki..
    tu, pic no. 1
    :P

    meh pos kat aku barang 2-3 ketul...
    hihihi!!!

    ReplyDelete
  2. :: kakngah ::

    itu budak anak cikgu ajar macaroon tu
    nak ke kak ... 2 - 3 ketul tak aci la
    amik ler 2 - 3 kotak terus buat raya !

    amacam ? ada bran ?

    ReplyDelete
  3. teringin lah pulak nk buat macaroon :D
    silicon paper tu boleh beli kat kedai je ek?

    ReplyDelete
  4. :: DaHLia ::
    Sorry lambat reply. Kat kedai bakery ada jual

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...