:: Perfecto ! ::

Aku suka makan. Antara yang aku suka makan ialah kek ! Tapi nak dapat kek yang bebetul sedap adalah susah mau cari

Kerana susah mau cari … haruslah kena buat sendiri. Tapi kalo nak buat sendiri kena ada resepi yang betul² sedap menusuk kalbu. Chewah … makan pun nak menusuk kalbu. Eh, jangan salah sebab kalo makan sebenarnya, banyak deria yang terlibat

Deria pertama – penglihatan. Kita tengok makanan dengan mata. Kalo presentation ala² jer ngan rupa makanan pun hancus, otometik kita nyer selera pun terkatup

Deria kedua – bau. Aroma makanan yang mampu membangkitkan selera sudah tentu membuatkan kita tak sabar nak rasa makanan tu

Deria ketiga – rasa. Rasa pulak ada dua. 1 – rasa di lidah [masin, manis, masam, pahit, tawar]. 2 – rasa dalam mulut. Yang ini melibatkan tekstur makanan. Ada yang lembut, ada crunchy. Jadi ini pun memberikan pengalaman yang berlainan bila kita makan

Deria keempat – sentuhan. Sebab tu bila makan ngan jari (orang kita kata makan ngan tangan) feel nya lain dari makan ngan sudu garpu style western tu. Cuba gie Tony Roma’s, mintak Wagyu Beef Steak tu pehtu makan ngan tangan. Pergh … kalo takde feel, memang ko nih takde jiwa lah

Last, Deria kelima – pendengaran. Ini kan … faktor yang takde kena mengena secara direct kepada makanan. Tapi lebih kepada cara kita makan. Bila dengar ikan goreng rangup² dikunyah dalam mulut, kruk krak kruk krak … bunyi keropok. Kan ke semua tu sedap di dengar bila di makan

Bila cukup semua pancaindera semua teransang … itu lah namanya makanan yang sedap ! Dan datang la Deria keenam – feel good factor. Sebab tu ada orang stress, kejenye asik makan jer. Makanan nih buatkan perasaan aman jer

Dengan itu … aku telah buat kek ini. Cukup keenam² deria diransang. Maka telah masuk ke dalam senarai kek yang harus dibuat selalu. Sangat menepati jika hati luka dan kecewa atau tiada hati mau bekerja … terima lah :

P7093162

Haih … jatuh cinta aku tengok kek yang elok jer naik gebu nih. Siap dengan icing meleleh² kat tepi tu. Apa lagi yang mau dikatakan selain menikmatinya … hmmm

Ini namanya Sicilian Orange Cake. Sudah ramai yang bikin ini kek. Tapi aku takde hati mau buat. Bila selongkar lemari telah terjumpa dengan setong Golden Churn. Lalu ku korbankan untuk kek ini. Satu laie aku memang suka kek oren. Sebabnya, bila makan kek oren, teringat kat arwah nenek aku. Dia suka buat kek oren. Nostalgia betul bila aku bau kek oren nih

Untuk membolehkan korang merasai sensasi kek ini … ini resepinya

Sicilian Orange Cake
Sumber : Kak Rima – Bisous Á Toi

Bahan²nya

Bahan kek :
250 gm mentega (dilembutkan), lebihkan sedikit untuk sapu pada acuan pembakar
250 gm gula kastor
4 biji telur (sederhana)
1 1/2 sudu kecil parutan kulit oren
250 gm tepung naik sendiri
85 ml jus perahan oren

Bahan aising :
125 gm gula aising
5 sudu kecil jus perahan oren

Cara²nya

  1. Panaskan oven 170°C. Lenserkan loyang pembakar 22 cm / 8” dan alas dengan kertas minyak
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul dengan rata setiap kali. Masukkan sedikit tepung supaya adunan sekata. Masukkan kulit oren. Masukkan tepung semu sekali dan akhir sekali masukkan jus oren
  3. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 45 – 50 minit di rak tengah. Pastikan kek tidak melekat apabila dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek betul² masak
  4. Biarkan kek sejuk di dalam loyang sebentar dan alihkan di atas redai. Buangkan kertas minyak. Hidangkan
  5. Untuk aising – ayak gula aising ke dalam mangkuk dan campurkan jus oren sehingga boleh dituang ke atas kek
  6. Sedia untuk dimakan

Kek ini sangat gebu, sangat ringan, sangat sedap … sangat sangat sangat. Bila jumpa oren … boleh lagi buat kek ini. Memang sangat ‘to die for’

Aku lupa nak amik gambo side view yang telah dipotong. Next time aku letak yer … this cake deserve 5/5. Enough said

Enjoy !

Comments

  1. Assalamualaikum,
    1st, mintak maaf byk2 sbb nak ckp ni..golden churn tu kalu xsilap saya haram dimakan. tgk sini for more info ye.. (http://princesshanako.blogspot.com/2011/06/pengesahan-dari-jakim-mengenai-isu.html)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::