:: Gatal Otak [2] ::
Kali nih aku bagi yang menggigit kuku nyer ek …
Kalo korang leh jawab nih memang korang pandai ah!
#3
Ada nyawa kakinya empat,
Pelbagai warna bergigi rapat,
Bila ada tikus tak dekat,
Jika anjing ia melompat.
#4
Apa dia bertangan dua,
Diguna orang setiap masa,
Pabila mati dipulas telinga,
Maka hiduplah seperti biasa.
Haa … pening tak nak jawab?
Nombor 4 tu
ReplyDeleteMalam berjaga jadi biduan
Tidur pun hanya tegak berdiri
Susahlah juga pembayang dan panduan
Robotkah jawapannya wahai saudari?
Nombor 3 tu
ReplyDeleteLima markah akan diberi
Cuba imbangi, itu soalannya
Makhluk apakah begitu misteri
Kucing pelangi, itukah jawapannya?
wah siap pantun2 ler...
ReplyDelete3. kucing
4. jam
:: fandi :: dan :: Nietanozie ::
ReplyDelete#3 tu betul kucing
#4 tu betul jam ... apa daa robot