:: Kisah-kisah Malang ::

#1

Tak berjaya jadi hero raya taun nih. Hanya mampu siapkan kuih raya dan kudapan yang lain. Baju raya bo-liao. Sempat potong dan cantum sket² jer. Nak completekan tak sompek. Tapi kalo nak pulun buleh jugak. Tapi kena balik kampung Incek Jaque pada hari Sabtu. Sudahnya tak sempat pulun. Misi tak berjaya kerana dok meleka rasa macam banyak masa padahal dah ler tak pro … berlagak macam tukang jahit professional

Padan muka

#2

PC kat opis dah tukar baru the whole set tapi tak perform. Harap set jer baru harga ribu-riban. PC kodok terchenta tu pun laie bagus performance. Bukak excel pun terkebil² sampai ‘hang’. Sangat pening kepala nak settlekan kerja yang bertimbun sebelum cuti raya

Sakit hati

#3

Dah apply cuti raya seminggu. Kena rejek … sampai kena conteng borang cuti kitaorang. Kot yer la takmo bagi cuti … takyah ler buat camtu sekali. Bos kata tak leh cuti sebab nanti kalo dia pegi meeting takde sapa ada kat opis … Hello! Sapa jer la nak buat meeting 1st week raya. Akhirnya aku cuti 1 hari jer. Habis planning jalan² raya aku. Burn baby burn!

Bengang betul

#4

Kamera kesayangan aku mengalami kecacatan fizikal. LCD screen yang dah  rosak. Lens yang suda kemek sket di depan. Hadoi … walaupun masih mampu berfungsi dengan cemerlang, aku sakit mata tengok kecacatan itu. Nak beli d-SLR masih di luar bajet. Nak beli the same type of camera lak cam tak berbaloi … tengok jer lah apa nak jadi nanti

Pening pening

#5

Aku dah terjaga sejak kol 3.30 pagi tadi. Sebab tu aku amik kesempatan update blog aku nih. Kalo tak, aku takde masa nak update. Mungkin sebab berbuka semalam aku bedal 2 cawan kopi kot. Huhuhu dah lama tak minum kopi, sekali ting-tong la pulak … heran, tak ngantuk la plak. Mungkin sebab dah cukup rehat kot aku nih. Padahal rasa cam nak tarik² rambut jer sebab banyak menda tak siap laie. Meraung dalam hati je lah sesenyap

( … tengah meraung dalam hati la nie … )

Bini Lebai Malang,

 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::