19 November 2009

:: Aku Bini Ceti ::

Cerita hari nih takde gambo. Nama nyer pun tak sempat nak amik gambo. Macam aku cakap dalam pesbuk aku la … tadi petang aku dok follo Incek Jaque jadi ceti. Mengutip hutang bebudak sekolah yang tak bayo yuran. Esok last day sekolah pun ada laie yang tak bayo yuran … pening²

Misi terjah ke rumah bebudak nih dimulakan pada jam 6.30 petang. Hahaha … dah Incek Jaque pun balik dari sekolah tadi lambat. Balik umah gedebak-gedebuk, update blog jap, bagi makan ikan kat Happy Aquarium, bagi makan kat Cafe World … baru ler kuar dari umah

Hazab sengsara cari umah bebudak nih. Dah ler alamat seringkas tidak … masuk ler aku ngan Incek Jaque ke ceruk umah² kat dalam Bandar Hilir tu. OMG … umah zaman bukit kepong pun ada laie ko. Aku adalah sangat culture shocked! Ingatkan dah takde umah² camtu, bila terpandang jer scenery tadi aku jadi speechless. Kagum kot ngan umah² lama yang masih cantik laie. Ok lah, lain kali aku merayau laie dan amik gambo untuk korang tengok ek

Punya lah sesat barat cari 1st house nih. Rupanya tepi jalan besar je, tapi dah masuk ke belakang kedai. Pergh … memang ler aku tak penah tau ada rumah kat tempat² camtu. Kira tadi cam main treasure hunt lah. Berkelirat … nasib baik ler jumpa. Kebetulan pulak bapak budak tu ada … terus dia bayo. Aku takut ada parents takmo bayo pehtu ajak gado sama laki gue jer. Nasib baik ok jer. Ada pun duit nak bayo yuran … awat ko tak bayo awal² pokcik oii? Selamba jer dia bagi laki aku $95. Banyak tu, tapi leh hulur gitu jer … ingatkan liat sangat takmo bayo yuran cuz takde duit. Tengok umah dia pun tadi cantik jer. Umah batu, besar laie … ingatkan orang mesken ke

Umah kedua pun sama jugak. Yang nih takde ler sesat cam tadi cuma terlepas simpang sebab nak masuk ke taman tu takde lampu. Kes yang sama, keluarga yang berkemampuan, tapi ini kesnya anak takmo bercakap ngan parents. So parents ingatkan dah bayo yuran. Again … selamba jer hulur $95. Heran aku, duit ada pun susah tol nak bayokan anak nyer yuran sekolah

Sebagai balasan meneman ceti kutip hutang

IMG_0171 (2)Ini bayar sendiri yer bukan pakai duit yuran

Skarang … semua dah terbongkang. Aku jer yang masih steady rilek² mengupdate blog. Hehehe … nasib baik semangat belum ilang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...