:: Bengang ::
Aku mengupdate blog nih semata² kerana bengang yang teramat sangat. Nak tau apa ke menda yang aku bengang sangat tu? Ini haa …
Nasi Lemak Sambal Kerang = RM 6.90
Paru Goreng = RM 3.95
Nasi Lemak [telur+bilis+kacang+timun] = RM 2.95
Ayam Kampung Goreng = RM 5.95
Ice Bandung Soda = RM 3.25
Assam Boi Juice Ice = RM 3.25
Pisang Goreng Ala Bali (small) = RM 2.50
Harap nama jer gah
Makanan adalah sangat mahal. Tak berbaloi ngan harga nyer. Kenapa tak berbaloi … well kedai ni letaknya kat MELAKA … oleh itu sepinggan nasi lemak + telur rebus 1/2 biji + bilis goreng + kacang + timun adalah sangat cekik darah kalo berharga RM 2.95 … Kalo cam makanan yang pelik² cam western ke, ko nak letak harga mahal takpe. Ini dah ler makanan ruji rakyat Mesia … rasa pun takde ler sampai leh buat aku mengigau 7 hari 7 malam. Mak aku nyer nasi lemak 10 juta kali laie sedap
Peratikan gambo yang kedua … aku ada tulis Ayam Kampung Goreng kan? Tapi apasal dalam gambo takde? Ini sebabnya … service diaorang memang cam puaka niyang rapik. Kat menu board ada tulis kalo amik ayam kampung kena tunggu 12 menet. Ok lah aku faham, konon nyer nak ayam kampung tu sedap la makan panas². Aku tunggu punya tunggu, Incek Jaque dah abih makan … aku nyer ayam tak sampai² jugak. Yang aku lak, dok tertoleh² tengok bebudak kat kaunter tu. Diaorang dah tengok aku cam angsa dok tercatuk² kepala aku tu, takde plak inisiatif nak tanya pelanggan ada masalah ke apa
Lelast aku soh Incek Jaque gie tanya pasal ayam aku … pie kat kaunter, diaorang kata ayam baru nak sembelih. Ko tak menyirap? DIAORANG TAK GORENG PUN AYAM AKU TU!!! H*R@M J#D*H betul. I’ve wasted 30 minutes for nothing tau tak. Terus aku kensel soh diaorang pulangkan balik duit yang dah bayo for the ayam kampung. Oh yer … makan kat sini ialah self service. Bayar dulu baru makan
Aku dah baik nyer habiskan nasi lemak … baru ler hegeh² waiter dia anto ayam. Cikanos … orang nak makan ayam tu ngan nasi lemak … bukan dah habis nasi lemak baru nak makan ayam. Amenda ler … dah ler paru goreng cam KAYU goreng. Keras gila … ntah dah repeat kali ke berapa ler goreng tu. Rasa cam skateboard goreng pun ada jugak
All in all … mintak mahap ler. Sedap is subjective … tapi servis korang cam hamlau. Gua tak suka … tapi kalo paru goreng rasa cam kayu goreng … memang ler korang tak masuk dalam senarai gua
BANNED!
p/s : Kalo ler management kedai di atas membaca entry nih … sensiang aku cakap :: Sila la buat something :: Aku cakap nih bukan sebab nak dapat makan free … sebab nyer aku suka rekemen orang tempat makan yang aku rasa worth it untuk dicuba, dan sekarang aku tak suka makan kat kedai korang :: Harap Maklum ::
Food Lover,
Comments
Post a Comment