:: Warded ::

IMG_0098

Last 2 weeks adalah minggu yang paling banyak aku monteng kerja. Ini disebabkan oleh budak butak ini … demam panas, muntah, takmo minum susu, takmo tido, menangis non-stop dan itu suma telah membuatkan mak n ayah nya hilang akal sekejap … dah ler Tok ngan Mak Tok kat China, lagi bikin kepala pusing … suma serba tak kena

Akhirnya amik keputusan untuk masuk wad kat PSH [Putra Specialist Hospital] Jumaat petang. Terus masuk air, terus bagi nebulizer, terus budak butak nih tido. At last! Setelah 2 hari berjaya tak tido dan membuatkan orang lain pun tak tido sama, Malliq akhirnya tido straight knock-out, 4 jam tak bangun. Itu pun terpaksa kejutkan sebab nak bagi susu

IMG_0121Nasib baik dah buleh tido

IMG_0096
Muka kepenatan … tengok, darah dah keluar kat tiub

Disebabkan tiub nak masuk air tu Dr. cucuk kat kaki, yang si Malliq lih pulak bagus nyer bantai merangkak la apa, akhirnya tiub tu terpaksa dicabut setelah beberapa kali percubaan nak menyelamatkan tiub tu tak berjaya … since dia pun dah mula nak minum susu, dokter kata it’s ok sebab takde la body tu dehydrated laie

IMG_0097
Ini le kandang saya … 9-P3

IMG_0103 IMG_0112
Aksi budak yang telah sihat sikit esok harinya

IMG_0113 IMG_0123
Ini le ubat yang dimasukkan dalam topeng gas tu untuk disedut … bukan untuk asma tapi untuk selsema dan throat infection nyer reda

IMG_0102
Jangan risau
Saya dah sihat!

Anak dah sihat, mak pulak yang sakit … tu pasal lama tak update blog. Huhuhu, nampak macam semua dah back to normal so, buleh le update blog ngan gigih. Sebenarnya sakit tu sikit jer, malas tu yang telah overshadow semua. Hahaha, mengaku sajalah …

Saya rajin tau,

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::