16 September 2009

:: Tak Pernah Tau Pun ::

Taun nih berkobar tau kitaorang nak raya ... siap beli pelita pacak tu 3 batang. Lampu lip-lap taun lepas masih elok ... so pakai jer sampai jahanam

Al-kisah pelita ni plak, dah ada pelita harus ler ada minyak tanah baru leh idop apinya. Berposak kitaorang cari minyak tanah ... satu negeri dah ronda, semua kata takde

Tiba kat mana tah ... soh cari kat Petronas. Biau ler betul pokcik pelita nih. Petronas jual minyak tanah dalam tong ke? Ada ke? Entah ler ... redah je la. Orang kata ada tu, ada la kot

Memula pegi Petronas A, ilek poochit. Merepek jer Petronas ada jual minyak tanah ... karut tol. Esok je lah cari kat hardware. Tapi hati masih tak tenteram selagi pelita tak pasang

Ronda lak ke Petronas B ... dikejauhan aku nampak ini


Sumpah ... aku tak penah tau pun minyak tanah ada jual camnie. Selama nih aku ingat minyak tanah jual dalam bekas kecik² tu jer. Hai ... rupanya banyak menda laie aku tak tau ek

Beli 2 liter ngan harga 4 hengget. Kira murah lah ... tak kira la berapa harga. Janji pelita aku menyala malam nie jugak ... Balik umah ngan senyuman meleret. Aku la paling berkobar nak beraya taun nih. Hehehe

Suka hati,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...