Hero ~ Part 3

Setelah aku diperintahkan untuk masuk ke wad, aku ngan lenggang kangkung folo ler vontot si misi yang nak bawak orang² yang nak masuk wad sekali ngan aku. Even takde planning la nak beranak awal, tapi kitaorang dah ready barang dalam keta. Standby beb ... nasib baik ler dah ready

Aku dapat masuk wad Kelas 1. Nie pun sebab pakai GL nyer Incek Jaque. Aku tak kesah pun dapa kelas berapa, asalkan aku ngan baby selamat. Masuk bilik sorang tu ... best la gak sensorang, siap ada almari baju, dresser ngan sofa set laie kat bilik nih. Wah, kagum la jugak. Lebey kurang kol 4.30 petang masuk wad nih. Aku lepak² minum horlicks yang Incek Jaque bawak dari umah mak. Cadang² nak baring lah, sekali tu datang dah si misi membawa makanan. Aku makan ler dulu ...

Dalam kol 5.30 petang Mak, Ayah, Mai n Bilah datang menjenguk aku, sambil membawa Nasi Ayam Ayamas! Wah ... dah bantai makan makanan sepital, aku ngan rela hati belasah nasi ayam tu. Rezeki beb ... ntah bila nak dapat makan laie lepas nih mana aku tau kan? Kot² le jadi pepe kat aku ... sapa tau

Oh yer ... aku masuk sepital hari Khamis, maka setiap hari Khamis jugaklah ayah aku akan ke pasar malam membeli buah²an. Dia bawakkan aku anggur. Anggur nih sedap gila aku cakap ngan korang. Sedap yang amat ... makan² ngan perasaan yang takut sebenarnya. Orang tengok muka aku ilek jer ... padahal tuhan jer la tau perasaan yang bergolak dalam dada aku masa nih

Tengah syok² makan tu si misi datang bagitau nak jumpa aku kat depan. Aku ngan kelam kabut makan. Si misi kata ... takpe makan la dulu. Dah sudah kang pie ler jumpa dia kat kaunter depan. So aku pun menghabiskan la apa yang aku tengah makan tu dan basuh tangan

Pie la jumpa ngan misi tadi kat kaunter depan, dia soh aku masuk bilik. So aku pun pie ler masuk bilik tu. Aku ingatkan dia nak scan ke, amik graf ke, dengar jantung baby ke ... sekali tu dia soh aku mengiring dan ...

AAAAAARRRRRRGGGGHHHHHHH!!!

Kejap ya saya nak masukkan ubat ... Ha? Baru nak masuk ubat, abih tadi apa ... ?

AAAAaaaaAARRRrrrrrRRRGGGgggggggGHHHHhhhhhhhhHHH!!!

Aduhai ... aku telah diliwat oleh misi. Ubat untuk aku berak² telah berjaya disumbatkan ngan rakus sekali. Kenapa la semua ini harus terjadi? Aku tak rela diperlakukan sebegini wahai cik misi!!! Misi cakap, nak makan, pegi la makan dulu. Dah ready untuk induce nanti jumpa saya ye. Pegi buang air dulu. Baik misi ...

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::