21 June 2012

:: Roti Bunga Bertelur Cis Kau Keju ::

Memula kita letak gambar dulu




Oh sedih ! Gambar memang agak buruk. Pakai tepon je amik gambar. Tepon pun 'canggih' sangat kan #TDDMKA !

Sebenarnya ini kengkonon nak buat croque-madame (klik : wikipedia)

Tapi biasa la kan resepi orang malas. Roti tu sumbat jer dalam muffin pan besau tu. Then tekan² sket bagi rata dan buat ruang kat tetengah roti tu. Sapu butter pakai brush kat roti. Pehtu boh la sosej yang dah dipotong² kecil dan digoreng 3/4 masak. Kendian pecahkan telur kat dalam tu. Telur yang paling sesuai untuk resepi ni ialah telur paling kecik korang leh jumpa

Jangan la pakai telur burung puyuh ek ... saiz C or saiz D la kot sebab kalo pakai telur besar, telur tu nanti melimpah ruah. Boh pepper ngan garam atas telur tadi. Agak² je. Pehtu ko potong keju cheddar tu pada 4 bahagian then tepek jer atas telur tadi tu

Boh ler sos tomato ke sos cili ke atas cheese tu. Kot kalo rajin, potong la tomato ceri agar lebih berkhasiat

Pehtu ... bakar lebih kurang 25 minit 190°C

Siap untuk dihidang ! Jangan makan masa panas² yer pasalnya telur kat dalam tu masaknya 3/4 je ... takut meletup dalam mulut korang ! Tapi Incek Hubby suka telur cair ... dia ngap jer memang telur tu meletup dalam mulut dia ... padan muka !

Hehehe ... Enjoy !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...