:: Ayam Bertelur Itik ::

Nak diceritakan ... dah lama berlalu
Tapi kena cerita juga sebab nak tepek gambar ni !




Hehehe ...

Adakah telah berjaya membuatkan anda terliur ?

Masa cuti sekolah aritu, kitaorang pegi umah abang Incek Hubby kat Senawang. Pasal dah lama tak makan luar (selalu kitaorang makan kat umah kerana wifenya sangat handal memasak) tetiba telah disajes oleh ipar-duai untuk makan kat satu Chinese Halal Restaurant kat Bukit Putus. Nama tempat tu StarFresh Agro Park (klik : sini for info)

Bila sampai sana, kitaorang yang tak penah pegi tu biau kan je la diaorang anak-beranak pesan. Kitaorang tadah perut je lah jawabnya. Salah satu dish yang diaorang order ialah - Salted Egg Yolk Chicken ni lah [btw, gambar kat atas tu bukan gambar kat StarFresh yer ! Gambar kat StarFresh takde pasal semua dok serbu makan tak hengat langsung nak amik gambo]

Memula masa makan Salted Egg Yolk Chicken apa yang aku leh simpulkan dalam ayat yang ringkas ialah - Sedap yang mengarut ! Hahaha ... ayam goreng ada rasa butter, pehtu rasa lemak masin telur asin, then rasa daun kari ehhh memang sedap yang mengarut lah !

Dek teruja amat sangat ngan kesedapan ayam ni (nak pegi laie ntah bila kan) aku pun google la resepi. Maka terjadi la ayam ni ! Serious sedap ! Ni aku bagi korang resepi, ada masa buat sendiri yer ... takyah gi Bukit Putus nun. Tapi kalo nak pegi sana pun ok gak sebab banyak laie makanan lain yang sedap² ! (Alahai ... terliur la pulak)

Salted Egg Yolk Chicken
Source : WendyInKK

Resepi yang telah dialih suara

(A)
350gm daging ayam tanpa tulang (nak sedap gunakan daging yang licin)
1/3 sdk garam
Lada sulah secukup rasa
1 biji putih telur
1 cwn tepung ubi

~ Keringkan daging ayam. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Campurkan telur putih dan perapkan sekurang²nya 30 minit. Kendian, salut ayam tu ngan tepung ubi. Pastu goreng hingga garing

(B)
2 sdb butter
2 batang daun kari (amik daun jer)
1 atau 2 biji cili padi (kalau suka pedas tambah la lagi - tapi pedas sangat tak sedap)
3 biji telur asin yang telah direbus (ambil kuning sahaja - lenyek)
2 sdb susu cair
1 sdk minyak
1/3 sdk garam
1/2 sdk gula

~ Panaskan kuali dan masukkan minyak dan butter. Bila butter dah cair, masukkan cili padi dan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan kuning telur asin yang dah dilenyek tadi dan ratakan dengan semua bahan hingga berbuih dan naik bau. Kecilkan api dan masukkan susu cair, garam dan gula. Kuatkan semula api dan biarkan hingga menggelegak. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata

Siap untuk dihidang !

Btw, kalau nak cari resepi yang sedap² (pelbagai jenis kuih-muih, cake, pastry, lauk dan memacam) boleh la juga khatamkan blog WendyInKK ni. Aku tak dapat apa pun tapi sekali sekala tukar cara masakan kita pun best gak kan ?




Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::