:: Kambing Goreng Pedas ::
Lamanya nak letak resepi Kambing Goreng Pedas nih. Yang sebenarnya … mencari buku resepi ntah mana saya dah letak. Kemas² dapur, nasib baik jumpa. Kalau tak, meraung la saya nak kena pinjam semula buku resepi mak. Walaupun saya dan adik-beradik perempuan saya berebutkan buku resepi mak (semua anak perempuan sama saja) selagi mak masih ada … kami tak berani nak usik buku² resepi mak. Yang baru, yang purbakala … itu adalah harta mak saya. Mak pun dah cakap, suatu masa nanti bila dia dah takde … dia takkan bagi buku resepinya kepada anak² tertentu … Katanya, biarkan saja buku² beliau di rumahnya. Siapa nak resepi, copy paste saja. Bawa keluar jangan sekali. Harta bersama … pandai mak saya
Tapi ada juga anak yang tak pandai jaga hati ibunya. Dah la buku resepi emak dibawa lari. Yang sedihnya … si emak masih hidup laie. Sudahnya, si emak nak buat apa² kena la pulak mintak pada si anak. Yang paling best … bila diminta resepinya … sampai dah habis raya tak dapat². Boleh ? Entah apa la perasaan si emak. Tentu kecil sudah hatinya
Kepada Liana Ezzana … jangan kecil hati ya sebab lambat letak resepi ini. Sila la cuba ! Nanti bagitau hasilnya
Kambing Goreng Pedas
Sumber : Buku Resepi Purbakala Mak Saya
Bahan²
1/2 lbs daging kambing (direbus setengah masak)
3 sudu besar cili giling ~ mak saya guna cili hidup @ basah
1 pelepah daun kari
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia (ditumbuk sampai halus)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 biji buah tomato
1 biji kentang (potong sebesar daging juga) ~ mak saya tak letak kentang
1 batang serai (dititik)
1/2 cawan minyak sapi @ minyak kacang
Garam secukup rasa
Cara²
1 – Daging dipotong kira² sebesar 1 inci persegi
2 – Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia, bawang putih, daun kari, serai dan cili giling
3 – Bila agak garing masukkan daging kambing dan ubi kentang
4 – Masukkan air rebusan daging
5 – Masukkan garam
6 – Bila ubi kentang dan daging sudah empuk, masukkan tomato biji yang diipotong bulat
7 – Reneh sehingga agak kering dan sedia untuk dihidang
Sesuai dimakan dengan nasi tomato @ nasi butter
macam senang jek..
ReplyDeleteharus aku cuba. asek2 kari kamben je..
Ini lauk kambing yang sangat sedap yang you jamu kitorang haritu eh? Sangat sedap ini lauk..
ReplyDelete:: kakngah :: memang senang kak ... sedap pulak tu. dah jadi SAHM skarang sure banyak masa kan? buleh la try
ReplyDelete:: izzy :: yes kak iz ... ini la lauk yang ammr terkesima dan stay makan di meja sampai licin semua
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete