:: Creamy Cocktail Custard Pudding ::

pudding

Resepi pudding ni diminta oleh opismet saya – Kak Aziah. Ya, saya tau akak baca blog saya. Jadinya … salin saja resepi disini. Sila klik print – SEKARANG ! Hehehe … simple saja. Hari Sabtu ni boleh buat ya !

Creamy Cocktail Custard Pudding
Sumber : Buku Resepi Purbakala Mak Saya

Bahan² Untuk Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 biji putih telur

Cara² Untuk Puding Kastad
- Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga agak pekat. Bila hampir likat, tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk. Puding akan mengeras dan sedia untuk dipotong. Jika tiada bekas besar, puding boleh juga dimasukkan ke dalam cawan @ bekas² dadih. Tuang 1/2 dari cawan @ bekas dadih kerana akan diletakkan kuah dan buah²an

Bahan² Untuk Kuah
1 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1 tin buah²an dalam tin
Gula ikut rasa

Cara² Untuk Kuah
- Campurkan semua bahan kecuali buah. Kacau atas api dan padamkan api bila mendidih

Di dalam bekas, letakkan puding yang telah siap dipotong. Letakkan kuah, dan akhir sekali letakkan buah² dalam tin. Sesuai dihidangkan sejuk. Selamat mencuba !

yumiko

Comments

  1. Cocktail Custard Pudding ni sedap tapi ada satu lagi cocktail yang bercampur dengan aiskrim vanilla tu lagi umphh!!

    ReplyDelete
  2. :: diba yusup ::
    menarik nya letak ice cream ... mungkin buleh dicuba ... tq !

    ReplyDelete
  3. moon, btol ke resipi kuah ni? ke aku salah teknik msk kuah xtau la.. 1 cawan tepung jagung? semlm aku wat jd pekat berketul2..buang seperiuk..wat sekali lagi aku letak dlm 3 sudu je tepung tu bru jd cam kuah..

    ReplyDelete
  4. :: Najwa ::
    resepi nih betul ... mungkin cara masak kot. nanti aku tengok balik camner ek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::