Posts

Showing posts with the label teka-teki

:: Ini Jawapan ! ::

Image
Salam kepada pembaca² sekalian ... minta maaf sebab lambat keluarkan jawapan untuk soalan teka-teki minggu lepas. Demam dan tak sihat badan ... tapi dah beransur sihat, Alhamdulillah Berikut adalah jawapan² yang diterima ... 3 orang jer yang ada hati nak jawab. Huhuhu sodeh tol aku ... anyways mari kita tengok jawapan Ada teka paten seluar, ada teka paten tangan baju dan 2 orang teka apron. Oleh itu yang bertanda pin kuning dan pin biru tu telah bagi jawapan yang betul iaitu - APRON ! Tahniah kepada .: yUhAiSya :. dan pembaca setia juga peneka teka-teki ahhpening yang setia iaitu kakngah ! Ini gambarajah sebenar paten apron yang aku lokes dalam tepon je ... zaman moden kan. Laie pun kalo tulis kat ketas ... memang hampeh la akan hilang ! Paling tak pun anak aku conteng buat lokes trapik lite dia Kalo korang tengok bebetul ukuran apron nih kecik jer ... pasalnya apron nih bukan aku punya tapi ... Budak kecik ni punya ! Hehehe comel tak ? Si Ma...

:: Apa Ini ? ::

Image
Hai korang ... Aku ada projek baru. Sapa leh teka, akan diberikan hadiah. Hadiah kemudian announce. Last day teka pada 11 November 2012 (Ahad) jam 12 midnight. Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen yer ... Soalannya adalah - Berdasarkan gambo kat bawah ni ... aku nak buat apa ? Paham kan ? So ... teka lah yer. Jawapan yang paling tepat akan diambil sebagai pemenang Selamat mencuba

:: Teka Umur ::

Image
Ni semua anak aku nih. Hehehe takde lah, anak aku sorang jer kot … yang kecik sekali tu. Yang lelain tu anak buah Inche’ Suami. Masa nih dia orang datang tido umah aku masa cuti sekolah. Tengok macam tak ganas kan? Tapi semua keje asik makan jer nih. Hehehe Kalo korang pembaca yang terer … bagi kat aku setiap umur bebudak nih. Anak aku takyah la kot. Korang kalo tak tau anak aku umur berapa memang tak patut. Sapa dapat teka dengan tepat umur diaorang aku akan bagi hadiah MISTERI yang akan diumumkan kemudian Sesi teka-meneka bermula dari 28 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011. Sapa jawab lepas tarikh tu … mintak maaf la yer. Tekaan yang tepat sahaja akan dapat hadiah !

:: Saya Murah Hati ::

Image
Aritu kan saya ada buat sukaneka teka-kira kat sini kan … Peneka pertama Syuhada @ snowygirl-syuhada.blogspot.com teka RM210 : Jawapan dia salah la pulak Peneka kedua kakngah @ lindarosman.com teka RM120 : Jawapan dia BETUL ! Oleh kerana Syuhada tu susunan nombor buleh lah diterima pakai … saya bagi jugaklah keychain Makassar tu pada 2 orang yang sudi nak meneka teka-kira saya Sila email alamat korang kat jaquedira@gmail.com untuk claim hadiah ye ! Terima kasih kerana sudi join teka² saya ni

:: Mari Teka Kira ::

Image
Siapa dapat teka berapa jumlah duit syiling kat gambar atas nih … saya nak bagi key-chain Makassar. Saya mencari 2 pemenang dari blog dan 2 pemenang dari fB. Kalau kat Buzz@gMail … saya tak kira. Sila teka hingga hari Sabtu. Hari Ahad saya akan announce pemenang ! Teka jangan tak teka … key-chain cantik tau

:: Teka Teki Puaka ::

#1 : Apa persamaan Micheal Jackson ngan Micheal Jordan? #2 : Banyak² ikan, ikan apa yang sambut Thaipusam? #3 : Norman, Yusry dan Edry naik motor ... kena tahan polis. Kenapa? #4 : Ada penjual roti ni, setiap hari akan pusing satu taman sebanyak 5 kali. Satu hari dia pusing taman nih sebanyak 6 kali. Lepas tu kena tahan ngan polis. Kenapa? #5 : Apa nama Sudirman masa dia kecik²? #6 : Ada lapan ekor cicak sedang tengok lipas breakdance atas wayar telefon. Lipas tak jatuh tapi semua cicak jatuh. Kenapa? #7 : Banyak² haiwan, haiwan apa paling glamer?

:: Gatal Otak [3] ::

Nampak nya dah 2 hari menjawab teka-teki yer D ah alang² tu teruskan je lah sampai hari ke 3 yer #5 Boleh terbang bukannya burung, Tempat jauh tidak terasa, Bunyi kuat berdengung-dengung, Gagah membelah ruang angkasa. #6 Apa benda tersangkut di dinding, Berwarna hitam seperti gagak, Kalau tiada si ibu pening, Apa bendanya cuba lah agak. Haa … kusut ek?

:: Gatal Otak [2] ::

Kali nih aku bagi yang menggigit kuku nyer ek … Kalo korang leh jawab nih memang korang pandai ah! #3 Ada nyawa kakinya empat, Pelbagai warna bergigi rapat, Bila ada tikus tak dekat, Jika anjing ia melompat. #4 Apa dia bertangan dua, Diguna orang setiap masa, Pabila mati dipulas telinga, Maka hiduplah seperti biasa. Haa … pening tak nak jawab?

:: Gatal Otak [1] ::

Hari ini … mari kita main teka-teki Sapa jawab betul takde hadiah yer … sekadar sukaria #1 Dalam ladang ada kebun, Dalam kebun ada cili, Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi. #2 Berbelit-belit seperti belut, Boleh lalu tak boleh jalan, Ekor di gunung, mulut di laut, Di dalam perut terdapat ikan. Haa apa laie … sila la teka

:: Menunai Janji ::

Image
  Pemenang teka-teki :: Miss Brat :: dan :: NietaNozie :: Sila periksa peti surat esok Maaf teramat sangat Hope you guys enjoy the small prizes Sila inform setelah terima hadiah Takut tak sampai

# April No Fool #

Image
:: This Is A Sticky Mode Entry :: Sempena hari April Fool ... aku nak buat contest mini kepada reader aku yang tak seberapa nih. Contest nyer ialah ... sapa dapat teka apa ke menda gambo kat atas nih ... aku akan bagi hadiah misteri. Syarat nyer mudah jer ... tinggalkan komen anda berserta nama dan email ... ini kira bonding session lah ngan pembaca aku. Hohoho ... sapa dapat teka memang aku bagi hadiah ... kecik beso ke tak kisah la yer sebab kita sekadar main teka-teki-teka-tekuk-ular-mati-dalam-mangkuk Ayoh la korang ... teka jangan tak teka. Aku bagi chance sampai hari AHAD je ... kalo takde sapa dapat teka ... korang kena bagi hadiah kat aku. Hahaha ... kejinya