Posts

:: BABY Baru ::

Image
    Hahaha … bukan aku yang beranak yer. BTW gambar² nih semua bukan pakai O-PEN. Diambil pakai henpon aku. Hancus sebab takde flash. Semua nampak bintik². Gambar dari O-PEN nanti aku letak. Masih tak berapa pandai nak pakai O-PEN nih … tangkap gambar pun ikut suka aku jer. Tapi takpe … mana ada orang terus pandai kan? Semua kena amik masa belajar … Pembelajaran Sepanjang Hayat Ok lah, nak cari mangsa untuk ditembak (shoot pose lah … bukan pakai pistol !)

:: Rehat Sebentar ::

Sorry la takde entry 2-3 hari nih. nenek Incek Jaque meninggal hari Rabu lepas. So … aku akan type laie bila ada mood okie

:: Small Celebration ::

Image
Malliq n Incek Jaque Kami pie makan² di ZEN Secret Recipe, meraikan rezeki yang terlebih sket. Hehehe … sebab CIMB dah bekukan akaun aku sebab tak pakai buku akaun untuk kuarkan duit, lepas 3 minggu baru la cek dalam akaun leh kuar. Belanja la 2 kekasih hati aku nih makan   Malliq adalah poyo. Nak makan pun sebok ngan puting laie. Lepas tu perasan dewasa sebab nak main garfu ngan pisau. Eksyen jer lebih nih. Kita nak amik balik, tak bagi. Dah la garfu tu dia buat korek telinga dia. Haru punya budak         Gourmet Laksa, Watermelon Juice, Iced Green Tea, Orange Ginger Juice, Bangkok Cha Cha, Fish and Chips, Apple Crumple and Strawberry Trifle. Makan 3 beranak. Sekali sekala makan meriah … Kitaorang asik nyusahkan budak kat situ jer sebab si Malliq dok sebok menjatuhkan cutlery. Memang nak kena babab budak kecik nih

:: Melawat Zoo Negara ::

Image
Lawatan nih sebenarnya bagi mengubat duka lara tak dapat tengok Konsert Double Trouble – Search & Wings kat Indoor Stadium Bukit Kiara Bulan Mei aritu. Tiket suma dah siap beli dah … kebetulan masa nak konsert, hujan la plak. Raining tau bukan Band HUJAN tu   Bukti yang kitaorang dah sampai sebenarnya Kerana hujan, parking yang takde, orang sesak [dengar citer 20K++ orang yer?], tambah pulak bawak si Malliq … kitaorang dengan rela hati mengensel event tersebut. Ada ke si polis suruh kitaorang parking seberang hi-way. Mak aiihhh … kalo aku zaman cinta-berani-mati ngan Incek Jaque berdua jer buleh ahh. Ini ada si Malliq. Jangan nak buat pasal ek. Nyawa kami ialah anak kami. Konsert tengok kat TV pun buleh [pujuk hati sendiri … kakaka] Maka … Esoknya kami ke Zoo Negara. Huih … kami orang tak penah sampai Zoo Negara. Ini pertama kali. Berkat OVI Maps Incek Jaque … sekelip mata jer sampai. Hehehe ajaib betul. Bagus juga beli tepon yang ada GPS … takde le buang masa sesat bar...

:: Moist Eggless Cake ::

Image
Ini Cokelat Ini Oren Sapa yang takmo letak telur dalam kek, leh la pakai resepi yang aku letak nih. Resepi nih Kakak Biras aku yang bagi. Rasanya dia ok kot kalo aku letak resepi tu kat sini. Laie pun sharing is caring. Kalau nak buat untuk jual … rezeki masing² kan? Lebih afdal, ibu² leh la guna resepi ni untuk makan² dengan family. Rasanya dijamin sedap, mudah dan murah. Yang penting … MUDAH. Takyah kuarkan mixer ke hapa … Moist Eggless Chocolate Cake 1 1/2 cawan tepung 1 cawan gula 1 sudu kecil garam halus 1/3 cawan serbuk koko 1/2 cawan minyak masak 1 cawan air ATAU 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu segar ATAU 1 cawan susu segar 1 sudu kecil cuka putih Caranya mudah saja. Segala yang berasaskan tepung … ayak bersama. Masuk dalam mangkuk adunan. Lepas tu, masukkan semua liquid based pulak dalam mangkuk berisi tepung tadi dan gaul. Gaul pulak tak payah susah². Pakai saja jari jemari [make sure dah bersih sebersihnya ya !]. Bak kata Sifu aku, ka...

:: Tulang Ajaib ::

Image
Ini bukan di Laundromat. Bukan di kedai dobi Ini mesin dan dryer kat umah aku. Kerana kami berdua memang malas nak sidai baju [jujur mengaku] … aku paksa Incek Jaque yang kebetulan rela hati hati kena hasut ngan bininya supaya membeli mesin pengering baju … yang kat atas tu lah. Mesin kat bawah dah berumur 4 taun lebey kurang. Masih berkhidmat dengan cemerlang Aku suka pakai front loader. Baju lebih selamat dan lebih bersih. Jujurnya [sekali lagi] dari kecik tau² nak basuh baju pun, mak aku punya mesin suma front loader. Jadinya dah terbiasa lah kot. Kalo pakai top loader … mesti baju aku ada masalah ‘keputihan’ … hahaha … macam serbuk sabun tu melekat² kat baju lah. So … I don’t like Masalah plak pakai front load nih ialah … anak aku si Malliq suka sangat main mesin basuh. Celik² mata bangun tido cakap “Dapo” … dapat pandang kejap jer mesin tu pun jadilah. Kalo pie shopping … jangan la lalu depan electrical section. Mau dia mengamuk kalo tak berenti depan mesin yang front loa...

:: Budak Lasak ::

Image
Tengok apa si bujang ini buat. Masa ni kitaorang makan kat Mekdi. Camnie la gaya si Malliq kalo dah overdose nak tido. Dah ngantuk gila tapi melawan mata. Dia plak tak berapa sihat … makan ubat batuk jenis laloq. Laie le pala otak dia sebu. Bila dah ngantuk, mula la buat perangai. Memula dok sebelah aku, elok jer makan nuggets, fries suma. Lepas bagi minum Ribena terus dia meroyan Dapat toys Happy Meal tu ntah mana dia campak. Kitaorang tak cari pun. Lantaklah ko … dia pun bukan heran ngan menan nih suma. Menan dia kat umah … mesin basuh, tudung saji, batang vakum, batang mop, penyapu … rajin nau tolong KEMAS umah Ayahnya sampai dah naik fed-up … hahaha. Lepas makan terus blah. Masuk jer keta pasang iar-cond kuat² terus si bujang tu tido … lepas tu kol 3.30 pagi, leh plak dia bangun ajak aku baca buku. Dah ler aku pun demam, selesema, batuk suma cukup … layan je lah. Lepas tu aku dah tak larat, bagi susu sebotol, humban dalam buai, pasang auto rocker tu … goyang la sampai ...