:: Ini Kisah Ramadhan #1 ::

Kisah yang takde apa pun nak dikisahkan oleh orang lain. Aku sekadar mahu berkongsi dengan siapa yang sudi … Ok ! Mula

Pada sebelah malam Ahad, setelah tamat Masterchef, baru lah nak tengok pengumuman 1 Ramadhan. Padahal memang dah tau kot. Skarang bukan cam zaman dulu … semangat tunggu announcement dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Hari pertama bersahur – Nasi, ikan keli goreng, sayur kobis

Tak semangat langsung mau sahur … kepenatan melayan ipar-duai yang bertandang pada hari-hari-hari sebelumnya. Juga semak otak kerana urusan kerja yang mengganggu di waktu rehat

Negeri aku menetap ini cuti pada 1 Ramadhan. Aku baru berangan nak buat kek nak bagi mak dan jiran tetangga. Kena paksa datang opis oleh Bos pada hari cuti negeri

Mungkin esok kiamat … sebab itu tak boleh tunggu hari esok menjelang. Takut di soal Tuhan akan kerja yang tidak siap – Mungkin

Jadinya pegi ke opis dengan perasaan meluap-luap di dada. Namun, biarkan saja ia berlalu kerana perasaan marah tidak perlu dilayan. Selesai menguruskan urusan dunia jam 6 petang. Apa saja yang boleh dibuat untuk berbuka ? Entahlah … pulanglah dulu ke rumah

Kasihan Incek Hubby … balik rumah, aku mencuka kerana menahan amarah. Sabar je lah. Sudahnya, lepas solat dan berbuka dengan tamar dan roti cicah kuah deghian … ke rumah emak

Hari pertama – harus sambut bersama keluarga. Susah ke mau paham ?

Tu dia … nasi himpit, ayam masak merah, rendang daging, bubur sum² … itu semua kena habiskan. Kalo tak nanti membazir itu amalan syaitan walaupun syaitan telah dirantai di bulan Ramadhan maka korang jangan la ganti tempat seth tan (eh ! tetiba !) yang tiada itu

Hari kedua bersahur – meggi tomyam ! Kakaka … dasar pemalas ke apa tah ? Itu pun Incek Hubby yang masak kan dek aku yang tak larat … Tatau ler pesal, badan rasa tak sedap jer

Berbuka kedua – mee Malaysia saja. Ada orang tanya aku mee Malaysia tu apa. Nanti aku letak entry mee Malaysia. Korang tau mee bandung, mee jawa, ketiau hong kong, nasik pattaya jer, mee negara sendiri pun tatau. Takde semangat patriotisma langsung … Mungkin lepas ini aku kena letak namanya mee 1Malaysia agar perpaduan sesama kita terjalin erat

Hari ketiga bersahur – Nasi dan cencaru masak taucu dengan timun. Semangat sket masak, Incek Hubby siap bertambah. Cuma malas mau masak sayur, timun tu masuk jer dalam ikan. 2+1 … jimat masa dan tenaga maaa

Boleh dikatakan, nafsu PaRam langsung tidak ada. Tapi masalahnya badan aku nih rasa tak sedap jer. Tatau pesal … cam seram² sejuk gitu … takut plak aku kot ler tetiba penyakit ke, kena denggi ke ? Eh rupa kena denggi tu camner ek ?

Petang nih nak berbuka posa apa pun tatau laie. Member aku sorang kata nak buat nasi ayam. Sedapnya … Semalam aku berkobar konon nak buat udang goreng tepung … Haram !

Semangat masak hilang di bulan Ramadhan … camner nie ? Baru hari ketiga kot !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::