:: Ini Kisah Ramadhan #2 ::

Kisah ini, kisah hebat. Hebatnya ia, terletak pada aku sebagai orang yang mengalaminya. Apakah kehebatan itu ?

Sejak hari pertama tak bermaya kan ? Hari ketiga ini aku telah mendapat kekuatan untuk merobek tembok kelesuan dan memasak Nasi Ayam Lejum²

Kamu tahu apakah itu L E J U M ? Lejum itu adalah perbuatan mencampak ntah apa² bahan masakan sesuka rasa ke dalam periuk/kuali untuk menghasilkan masakan yang sedap. Oh … sedap itu mesti ada. Kalo tak sedap itu namanya bukan lejum, tapi HUMBAN. Humban ke dalam tong sampah

Harap maklum

Sampai di rumah 5.30 petang. Ayam masih kejung di dalam freezer. Mampu ka mampus ka ? Terpulang. Untuk masak seperti ini perlu ada strategi. Kalau ayam ko seko bulat yang kejung … sila goreng telur sahaja. Oleh itu pastikan ayam perlu siap di packing kecil² untuk sekali hidang

Aku beli ayam 2 ekor terus bungkus kepada 8 pack. Setiapnya 1/4 ayam. Kami 3 orang saja. Masak la sikit². Or masak sekali banyak – makan separuh, bekukan separuh. Buleh ulang tayang lauk bila tiada masa dan sengaja tidak mahu masak

Baiklah … kembali ke pangkal jalan

Ayam kejung tadi dengan pantas di defrost dengan microwave. Sementara ayam di defrost, masak la nasi ayam. Bawang, halia, beras, stok ayam dan Planta

Nasi siap, buat sup pulak. Rebus ayam untuk buat sup dengan bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut. 3/4 masak, keluarkan ayam dan digoreng hingga kuning. Perasakan sup ikut kesesuaian

Siap

03082011688

Siapa kata masak tu susah ? Tak susah kalau strateginya betul. Nasi Ayam Lejum² siap dimasak dan dapur juga telah siap dikemas jam 6.15 petang. 45 minit sahaja. Rasa macam bertanding dalam Pressure Test MasterChef je

Jadi … ianya hebat kerana 2 hari sebelumnya aku lembik tak bermaya untuk memasak. Hari ketiga telah berjaya bangkit dan tidak mengalah. Hebat itu adalah lebih baik dari yang sebelumnya

Hari ke-4 … apa cerita ? Mau makan apa ? Ahh … Pening mau pikir. 27 hari mencipta menu

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::