Posts

Showing posts from July, 2009

:: Cobaan ::

Image
Tepon N70 aku dah kong … kejap² memory full. Dah buang segala mak nenek gambar lah, SMS lah still kata memory full – Delete some data – Cannot perform … Hadoi lah. Tekanan perasaan betul aku dibuatnya Oleh sebab nak buat apa pun takleh dah tepon tu … hatta dolmat nak bukak inbox pun takleh, aku kecek la ngan laki aku, soh belikan tepon baru … tapi aku nih kan isteri yang baik, tak pandai meminta² huhuhu … aku mintak belikan tepon nih jer Murah sajork … RM78 Siap colour screen, the paling basic function – buleh text, buleh call itu yang paling mustahak. Another factor yang paling penting ialah PALING MURAH!!! Termurah di pasaran … tak caya gie cari sokabo Takleh ler aku nak m-blog laie. Apak aku dok send MMS gambo kat China pun buat aku sakit hati jer takleh nak bukak Aku adalah sangat berjimat-cermat. Buktinya … sarung tepon nih pun aku kebas ntah sapa punya kat umah mak aku tu … hahaha. Orang dah takmo, aku pakai je lah. One man’s trash is another man’s treasure. Betul ...

:: Iklan Free – 3 A’s Collections ::

Image
Seperti yang telah dimaklumkan … Iklan Free Spot #1 dah ada pemiliknya. Seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki. Skarang masih bekerja … tapi tak lama laie akan berenti keje dan kerja sendiri. Seorang yang ramah tamah … juga merupakan orang yang paling rajin tinggalkan komen kat blog ni Presenting … Kakngah dengan 3 A’s Collections nya! Nama Tokey : Aslinda Muslim Nama Samaran : Linda Biz Apa : CD ; Cloth Diaper ~ Kain Lampin Moden Bila Mula Biz : July ‘09 Cerita Pendek Tentang Biz : Menjual CD pelbagai warna & corak. Ada skim ansuran utk belian 5pcs ke atas. Menyediakan juga after sale service Homepage Biz : http://3ascollections.blogspot.com Tempoh Iklan : 10 Julai 2009 / 1300 hingga 17 Julai 2009 / 1300 Sedikit gambo dari 3 A’s Collections   Sila la singgah ke 3 A’s Collections dan dapatkan Cloth Diapers korang skrang Cintai bumi kita! Pesanan penaja, Nota Kaki Ayam Setiap pengiklan juga dapat Sticky Mode Entry selama seminggu. Memang pr...

:: Tuhan Misteri ::

Image
A caller said … Let’s be honest to ourselves lah … there is no such thing as inner beauty. When I marry my wife at that time my girlfriend … my eyesight was very good. Now as I get older, my eyesight is very bad lah … fair enough la. God works in mysterious ways lah. But I know that my wife assam laksa is still sweet like before … Funny lah this guy … and its true too I was listening to Lite FM when the DJ asked you about how you looked at your spouse after sooooo many years together. So, one after another caller said that the way how your spouse looked today is not important, but the inner beauty is what they really appreciate What this guy said is also true … ‘kejam’ but true. Tipu la we still gonna look exactly the same masa kita baru² kawen kan? Most of us, mesti ada perubahan. But some lucky person, jadi bertambah elok lepas kawen. Before kawen memang orang kata apa … muka pecah rumah? Dah kawen, dah ada anak, makin bertambah elok je … segak, kemas, cantik Tuhan tu a...

:: Aku Si Kura² Dalam Perahu ::

Image
*Aku* telah mengetahui Haiwan Berdasarkan Tarikh Lahirnya *Aku* lahir pada 17 October , haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Kura-kura Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal Betul kot … ini dikopipes dari facebook. Sekali sekala melayan facebook pun best gak Mukabuku,

:: Kocham je ~ It’s Polish ::

Image
मैं उन्हें प्यार करता हूँ ~ It’s Hindi 난 그들을 사랑해 ~ It’s Korean 私は彼らの愛 ~ It’s Japanese 我愛他們 ~ It’s Chinese אני אוהב אותם ~ It’s Hebrew Аз ги обичам ~ It’s Bulgarian Λατρεύω τους ~ It’s Greek من آنها را دوست ~ It’s Persian Я люблю их ~ It’s Russian Волим их ~ It’s Serbian ฉันรักพวกเขา ~ It’s Thai Я люблю їх ~ It’s Ukrainian ♥ There are so many ways to say it. It doesn’t matter what language you use, its the matter of saying it to you loved ones ♥ “I Love Them” ~ It’s English! Truly Blessed, Credits Thanks to Google Translate for the above translation. You can find it here New! Create content in other languages in an easy-to-use translation editor. Start using Google Translator Toolkit

:: Kroh … Kroh ::

Image
Awat la nangis Haa camtu la Cian anak mak Me Darth Vader Pish Posh … Pish Posh … Hehehe Malliq aritu kena lung infection. Teruk sangat bunyi nafasnya. Batuk pun takmo reda. Bawak ke 2-3 klinik biasa tak bebaik. Akhirnya bawak ke specialist. Terus baik … lain kali kalo bebudak sakit, bawak je ke specialist. Kalo berulang 2-3 klinik pun tak bebaik … sama je ngan kos sekali belanja kat specialist yang terus baik. Tapi kenapa ek? Mak musykil,

:: Oz Down Under 2 ::

Image
Aku terlupa nak citer satu kisah kelakar lepas jer kitaorang landing kat Sydney Airport aritu. Oleh kerana ketiga² peserta rombongan Cik Kiah nih tak penah la travel sendiri … kitaorang cam ikut jer la vontot orang. Mana nak amik luggage, mana nak bawa diri kuar dari airport. Memang la kanciong … cuak seih. Aku tak malu nak kata aku cam jakun sket, sebab ater nyer … memang tak penah la pulak aku naik plane Oleh sebab akak aku lak ada kirim makanan, dalam beg kitaorang nih penuh la segala macam. Ada nasi himpit lah apa lah … so sebagai orang jujur la kan … pegi la nak declare. Sebab masa kat airport tu ada la sign kata kena declare kalo bawak makanan watsoever kan Tengah kitaorang dok bongok² tak tau mana hala nak pegi tu … mak aku pun kengkonon la nak tanya pak guard kat situ mana nak pegi semua kan? Mak aku pun tanya la pak guard nih … “ Hello sir, excuse me” mak aku la kata. Punya la bersopan ayat mak aku “ Yer makcik, selamat pagi. Boleh saya bantu?” Kah kah kah … cuba bay...

:: Fuhh Penatnya ::

Image
Sila jangan tiru aksi ini Kerana nak elak buat keje sekolah Sanggup makan pemadam Pura² tido Mengantuk betul,

* On D Way K *

Image
Singgah Jejantas Air Keroh jap. Malliq bantai membuta. Mak ayah bagus melantak

:: Iklan Free – Placing ::

Image
Iklan free korang akan ditepek mengikut giliran cam kat atas. Contoh : Pekedai A orang pertama booking, so akan diletak kat No. 1 lah. Pekedai B orang kedua, so letak la kat No. 2 … of course. Bila tempoh seminggu Pekedai A tamat, otometik Pekedai B nyer banner akan duduk kat No. 1 nyer spot … camtu lah seterusnya. Simple je kan? Senang je nih, Update : Iklan Free Spot #1 dah ada pemiliknya! Cepat² sapa nak IKLAN PERCUMA ! Masih ada 3 tempat kosong!

:: Sengal ::

Image
Opismet : Weih, aku nak balik awal la. Camner nak cakap aaa? Aku : Ko cakap je la ko ada hal … mak ko soh amik adik ko kat sekolah ke Opismet : Takpe², aku soh apak aku SMS aku kengkonon soh balik urgent Aku : Eh … ko nak tunjuk kat Mok SMS tu ke? Chis … lame la! Opismet : Mesti la, rancangan jahat kena rancang bebetul. Abih tu aku nak cakap apa? Aku : Kalo susah sangat ko cakap je getah spender ko putus ngok *** Dua ekor munyet tengah merah muka menahan gelak sebab Mok² ada dalam opis *** Opismet : Ko nih buduh ah buat ayat camtu Aku : Habis tu, susah benau cari alasan *** Dua ekor munyet takleh tahan laie lalu lari keluar dari opis dan ketawa terbahak² *** Opismet : Ko jangan masuk selagi aku tak usung beg aku kuar dari bilik nih Aku : Peduli hapa aku *** Seko munyet keluar mengusung beg … masih bergelak ketawa dalam diam *** Apa la malang aku keje ngan munyet seko tu. Nasib … nasib … Me not munyet, Nota Kaki Tempang : Perbualan adalah me...

:: Fuhh Lega ::

Image
Nampaknya perpindahan rumah ahhpening.blogspot.com adalah mudah. Selalunya, huru-hara hidup aku kalo tukar template. Kali nih, everything went smooth. Alhamdulillah ... Skarang ada pertambahan ruang iklan PERCUMA dalam blog nih. Ini khas untuk para peniaga yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan nih. Ini projek sukarela sukahati, suka aku la ko peduli hapa aku nak tolong kengkawan. Esok lusa mungkin turn aku lak mintak tolong ngan orang lain kan? Ok lah ... sesapa yang nak bertanya buleh tinggalkan komen. Kalo segan, buleh ler anto email ikut cara kat sebelah tu yer. Orang tak serius, aku tak layan Sangat berkobar skarang nih. Korang rasa berkobar jugak tak? Hahaha ... Lapang dada,

:: Kegelapan ::

Image
Hahaha … best betul dah tukar cat umah Amacam? Ok tak? At least aku mengurangkan penggunaan tenaga kepada 56%. Skrin yang terang benderang memerlukan banyak tenaga … aku nih kira bertukar kepada energy-saver template ah nih … Keadaan tak berapa nak mengizinkan sangat aku update blog. Nanti² aku sambung … Ok lah, ada laie nak kena godeh nih. Chalo! Pueh hati,

:: (-_-”) ::

Image
Anna Molly ~ Incubus sedang berkumandang di corong speaker. Buat pertama kali dalam sejarah, aku tak tau apa jer aku nak tulis dalam blog aku. I wonder how the OTAI² buleh hidup dengan menulis 7-8 entries per day. Hidup diaorang tentu sangat exciting … perhaps. Kalo kata nak compare ngan hidup aku yang ala² jer nih kan. Not that I hate my life, just ianya sangat ordinary. Sama seperti hidup² orang lain atas muka bumi ini. So, takde beza antara ko dan aku … maka nya kalo tak tulis kat sini pun … tak jadi kudis kata orang Hari Ahad nih Malliq is gonna be 7 months old! Huhu … cepat betul si bujang tu beso. Diam tak diam je dah pandai merangkak cam lipas kudung. Dia adalah true born sportsman lah aku rasa. Entah bila je dia tetiba pandai merangkak dengan sangat laju. Dan kakinya adalah seperti Michael Phelps sang perenang jagoan itu. Sangat la pantas terkuak² di atas lantai. Aku rasa kalo aku campak dia dalam swimming pool nih … harus complete 1 lap Projek menyelamatkan buku²an...