Hip Hip Hip

Hip Hip Hippo ???

Hooray lah

Malliq Rayyan arinih sudah sebulan

Alhamdulillah kerana membesar tanpa banyak ragam

Malliq Rayyan dalam pangkuan mak
Baru berusia 2 hari ~ hari keluar sepital
(Aku naik wheelchair sebab aku kan C-Sect)

Malliq bersama sepupunya Aish
Berusia 3 hari ~ Hari Raya Korban
(hari sepatutnya due bersalin)

Malliq yang kekuningan (jaundice)
Berusia 5 hari ~ baju bukan main besar
(itu baju Aish tu ... recycle jer ... baby cepat besar)

Malliq kena timbang ngan nurse
Berusia 11 hari - 3 kilo ajer
(berat lahir 3.2 kilo ... turun sket)

Malliq kekenyangan lepas menyusu
Berusia 11 hari ~ baru pandai isap susu badan
(aksi kena tembak ... pose mahal nih)

Malliq suka tido bungkus² camnie
Berusia 13 hari ~ di rumah Mak Tok
(heran tol ... lena lak tu tido sampai ke pagi)

Malliq sangat suka isap susu sambil pegang muka
Berusia 15 hari ~ sudah setengah bulan
(agaknya takut orang curik botol susu dia)

Malliq tido atas rocker yang Atok belikan
Berusia 19 hari ~ Alu! Salute!
(juga suka tido letak tangan kat kepala ... pikir apa jer)

Malliq suka tido tutup kepala
Berusia 20 hari ~ Dutch Baby!
(sangat comel ... anak aku ke?)

Malliq bersama 2nd Cousin nyer Waldan
Berusia 22 hari ~ Waldan dah 3 bulan
(rugi tak rakam video aksi boxing 2 orang baby nih)

Malliq sangat suka time mandi
Berusia 23 hari ~ panjang je leher
(kalo mandikan dia ... tak berbunyi langsung ... senyap je)

Malliq memang kuat tido
Berusia 23 hari ~ siap tido ngiring peluk bantal tu

(anak zaman sekarang ... cepat tol pandai)

Malliq dah pandai tido tiarap
Berusia 24 hari ~ nyenyak jer

(pipi yang gebu ikut mak nyer)

Malliq dalam car seat
Berusia 27 hari ~ nak ke rumah Mak Tok

(mau celebrate New Year!)

Malliq nyenyak walaupun Ayah mengacau
Berusia 28 hari ~ ekceli 4 minggu

(tido hanya lapik kain jer ... tak guna bantal)

Malliq suka buat mulut camtu u u u ...
Berusia 29 hari ~ oh! dah besar la saya

(kejap jer dah nak sebulan)

Kejap jer masa berlalu kan? Aku nyer jahitan masih sakit laie ... tetiba anak aku dah pun berusia sebulan. Aku masih ingat laie saat Malliq masih dalam kandungan aku. Pegi memana suma bawak dia dalam perut. Tetiba dah kuar, aku rasa kehilangan. Masa minggu² pertama aku bersalin, selain gembira aku rasa sedih sangat. Sebab aku sedih ialah ... aku sudah hilang saat² bahagia aku mengandungkan Malliq. Rindukan perut yang bulat dan besar. Rindukan betapa berat membawa perut tu. RIndukan kaki yang bengkak. Rindukan masa² baby kat dalam tu bergerak dan menendang perut tu. Entah lah ... mixed emotions sesangat masa memula tu. Sebab tu kalo buleh skarang aku rasa cam takmo kongsi jer Malliq tu ngan sesapa. Aku sentiasa nak dia dekat ngan aku ... sebab dia dah boleh dikatakan part of me selama 9 bulan tu kan ... no way la aku nak biarkan dia jejauh. Macam tangan ko la ... tetiba orang kerat then buang tangan ko yang ko dah hidup bersama seumur hidup ko ... sure la rasa ganjil tetiba takde kan?

Still ... aku harap dia akan sentiasa berada dengan aku. Yeah sure, dah besar nanti pasti akan lupakan mak ayah ... tapi sementara itu ... aku hanya ingin dia sentiasa bersama ngan aku. Pada aku ... he'll always be my baby

Ouh ... sungguh susah rupanya menjadi mak. Jangan la korang sakiti hati mak korang. Skarang aku dah jadi mak ... tak dapat aku bayangkan perasaan mak aku bila aku suka buat dia marah. Huhuhu ... sure tensen tak cukup napas

Mak ... Acik mintak maaf yer

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dear Mun, aku bangga ko dah jadi mak.Kita membesar sama2 & aku tau mcmana ko jaga adik2 ko dulu, ko dah macam 2nd mom to them, so aku rasa ko takkan ada masalah jadi mak yang baik kepada malliq & anak2 ko yang lain in the future. Aku rasa saat ko rasa 'terbeban' dengan adik2 ko tu adalah latihan utk ko jadi mak yang baik, tak tahulah aku nanti jadi mak mcmana sebab aku ni anak manja,definitely tak leh lawan ko jadi mak mithali.Bila anak ko besar nanti,aku akan bgtahu dia (insya allah kalau aku hidup lg) macamana bangga & sayangnya ko pada dia. All the best mun and oh to jaque, ko pun akan jadi bpk yg baik & aku rasa malliq akan membesar dengan cukup sempurna :) take care u three..

    ReplyDelete
  3. ada mintak maaf kat sini.. minta maaf la kat blog mak.. wakakakaka

    ReplyDelete
  4. ala..ala..ala..comeyyy sungguhh baby tuuu....Saya doakan kesihatan, sejahteraan, dan kekayaan untuk baby tu..dan moga menjadi insan yang soleh dan berguna bila besar kelak...Insya Allahhh.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::