Petikan Dari Berita Harian ~ Pengawal mati dibelasah kerana ‘tersilap’ bergurau ~


KUALA TERENGGANU: Gara-gara bergurau tidak kena masa, seorang pengawal keselamatan mati dibelasah seorang kenalannya di Kampung Pauh, Kuala Berang, Hulu Terengganu malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, Zailani Mohd Shari, 23, dari kampung berkenaan cedera parah di kepala selepas dibelasah dengan topi keledar.

“Sebelum itu, mangsa pergi ke rumah seorang rakannya yang terletak di kampung sama untuk mengajaknya keluar minum di pekan Kuala Berang.

“Ketika rakannya yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu menyalin pakaian, datang seorang lagi kenalannya yang berusia 19 tahun dan bertanya sama ada mangsa mengenalinya atau tidak,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa bergurau dengan mengatakan dia tidak mengenali suspek menyebabkan suspek berang dan bertindak menghayunkan topi keledar dua kali ke arah kepala mangsa.

“Hayunan kedua mengenai dahi kanan menyebabkan mangsa rebah,” katanya.

Katanya, rakan mangsa menyedari kejadian itu kemudian mengejarkan mangsa ke Hospital Kuala Berang, bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam.

Rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang berhubung kejadian itu dan hasil maklumat, polis menahan suspek di rumahnya di kampung sama pada jam 5 pagi.

Mohd Hazam berkata, suspek yang juga penganggur ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Malang nasib ada kawan takleh gurau cam nie...hai apa la nak jadi

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::