:: Ini Jawapan ! ::

Salam kepada pembaca² sekalian ... minta maaf sebab lambat keluarkan jawapan untuk soalan teka-teki minggu lepas. Demam dan tak sihat badan ... tapi dah beransur sihat, Alhamdulillah

Berikut adalah jawapan² yang diterima ... 3 orang jer yang ada hati nak jawab. Huhuhu sodeh tol aku ... anyways mari kita tengok jawapan


Ada teka paten seluar, ada teka paten tangan baju dan 2 orang teka apron. Oleh itu yang bertanda pin kuning dan pin biru tu telah bagi jawapan yang betul iaitu - APRON ! Tahniah kepada .: yUhAiSya :. dan pembaca setia juga peneka teka-teki ahhpening yang setia iaitu kakngah !

Ini gambarajah sebenar paten apron yang aku lokes dalam tepon je ... zaman moden kan. Laie pun kalo tulis kat ketas ... memang hampeh la akan hilang ! Paling tak pun anak aku conteng buat lokes trapik lite dia


Kalo korang tengok bebetul ukuran apron nih kecik jer ... pasalnya apron nih bukan aku punya tapi ...

Budak kecik ni punya !

Hehehe comel tak ? Si Malliq Rayyan ada jamuan akhir tahun kat tadika KEMAS dia. Pehtu siap ada pakaian beragam ngan tema - PEKERJAAN. Memula nak pakaikan dia jadi Doktor tapi kawan dia plak dah amik dulu. So, kitaorang opt to CHEF !

Gigih tau jahit ni pasalnya aku dah lama berperang ngan periuk belanga mixer tepung gula butter kat dapo ... maka kain benang dan mesin jahit adalah terbengkalai ! Tapi biasalah, pabila motto hidup adalah - kita belasah jer - maka terhasil lah kerastangan di atas

Cerita lanjut jamuan akhir tahun Malliq akan dibuat di entry lain ... hehehe

So kepada .: yUhAiSya :. dan kakngah ... hadiah kepada jawapan yang betul ialah sehelai apron (saiz dewasa)


Terima kasih kepada semua yang membaca dan meneka. Yang tak berjaya nanti leh main laie ek teka-teki kat blog ni. I memang suka bagi hadiah kat orang ... kekeke. Kepada kedua² pemenang sila emailkan alamat dan details untuk aku posto korang nyer apron ke jaquedira@gmail.com yer !

Ok ... itu saja ! Papai ...

Comments

  1. Replies
    1. yer apron budak kecik ! hehehe tq kerana mencuba

      Delete
  2. waaa... bagus la idea nih! hrtu adief ada acara pakaian beragam... cikgu roger aku las minit. tak koser aku nk perah kepala hotak aku. ko pakai je bj seragam tadika tu. yg penting... hadiah tetap dpt pakai apa sekali pun kehkehkeh!! la ni.. dah tak yah aaahhhhpening! advance setahun. thn depan, mastercep!

    beb, buat la tutorial topi cep malliq tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak bagus ler semua dapat hadiah tak kira pakai baju apa pun. ni si malliq takde dapat hadiah apa pun tapi saja suka² nak buatkan dia

      tutorial topi chef ek ? haa buleh la nanti aku buat entry

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::