08 May 2012

:: Kuih Cara Berlauk ::

Salam Mei kepada semua yang masih sudi singgah kat blog yang tak berapa nak update sangat ni. Tapi jangan risau pasal nyer ... takde cadangan nak tutup blog ni pun. Cuma tak berapa nak ada kesempatan nak update jer


So, berbalik pada tajuk entry hari ini pun ... dah leh agak la kot apa maksud sebenarnya. Ahad lepas, ada masa terluang sket. Lepas kemas² umah, tetiba tekak ni terasa nak makan kuih cara berlauk la pulak (sebenarnya masa tengah kemas kabinet dapur, terpandang acuan kuih cara - macam dah hilang ingatan rupannya ada acuan ni !)


Resepi yang mudah selain merupakan antara kuih fevret ... maka layan saja lah. Sanggup tu kisar daging sendiri



Kuih Cara Berlauk
Sumber : Abang Mat Gebu

(Edit sikit² ikut bahan yang ada kat dapur)

Bahan Untuk Inti

100 gram daging ayam, cincang halus : saya guna daging kisar sendiri

1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus : tak letak
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's) : saya guna rempah yang pedas (paket merah)
1 camca besar sos tomato : tak letak
1camca teh cili kisar : tak letak sebab guna rempah kari yang pedas
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2 : digunakan untuk hiasan
Hirisan daun bawang secukupnya : digunakan untuk hiasan

Bahan Kuih Cara
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning

Kaedah
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih cara, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (saya guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik bahagian hujungnya - memula pakai berus silicone konon² nyer ... pehtu berus tu cair. Hahaha). Masukkan adunan dalam jag dan tuang 3/4 penuh
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang
Saya suka buat sendiri pasalnya ... boleh boh inti daging tu penuh² ! Hehehe dasar pentamak. Kuih ini kalo masa kursus ke, jamuan ke hapa ... memang sekali hadap 5 ketul sekali jalan. Bila buat sendiri rasa pueh hati sangat pasal buleh makan banyak² tanpa rasa bersalah. Incek Hubby pun memang suka kuih ni, dia jer sorang dah habis 1 adunan. Nasib baik buat 2 adunan ... itu pun rasa cam tak cukup !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...