:: Koboi Bercuti ::
Penah jumpa atau kenal dengan seekor cowboy ? Eh, seorang la. Ok, seorang koboi ? Atau mungkin dalam cerita ini 3 orang koboi yang hilang pedoman. Penah ? Tak penah ?
Penah tak apa yang korang plan tetiba suma yang diplan langsung tak jadi hancur berkecai one cent no use hapah satu menda pun tak guna ? Betul … ianya musnah begitu saja. Penah ? Tak penah ?
The day before Deepavali, kitaorang plan nak pie mandi manda kat Water World A Famosa Resort kat Alor Gajah tu. Berkobar nyer pasal, kitaorang dari umah dah siap pakai swimsuit segala neh. Atas pakai baju jalan aaa. Gila ke apa nak pakai swimsuit jer naik keta. Mau kena tahan dek polis kang
Deepavali hari Rabu kan ? So, kitaorang gegas ler ke A Famosa. Sampai jer siap parking, beratur nak beli tiket … minah tu kata “Bang, arini Selasa Water World tutup bang. Kalo nak Safari ada”
Menyirap kay … aku takmo tengok binatang dalam tempat gersang. Betul … safari kat situ gersang. Takde greens. Haiwan duduk dalam kawasan kontang. Savannah pun ada rumput kering
Haih …
Ok lah … naik kereta semula. Aku cadangkan kita melajak terus ke Wet World Pedas/Linggi. Dah dekat benau ngan Tampin. Nak balik ke rumah takde mood sebab aku telah ON mood bercuti. Dengan semangat bercuti yang masih tinggi, kitaorang terus ke Pedas
Macam jauh plak nak sampai Pedas. Malliq plak dok bebel “Mak, nak mandi kolam !” Ye la, dah janji ngan dia nak bawak mandi kolam. Dah dekat tengahari tak masuk² jugak kolam. Lelast dia bantai tido dalam keta. Dan dalam tido dia telah bermimpi berjumpa kolam agaknya. Basah sudah … nasib baik tido beralaskan Utusan Malaysia
Dari kejauhan dah nampak Wet World Pedas. Wah, hati berbunga sebab cam lengang jer. Bila tiba di pintu pagar, kes yang sama. SELASA – TUTUP
Apa daa …
Geram punya pasal … aku cakap ngan Incek Jaque. Mari kita ke PD. Kalau pantai pun tutup hari Selasa memang la aku akan mengamuk jadi King Kong kat situ jugak
Jadinya kami ke PD. Dan kami pilih untuk ke sini
Nasib baik la tak ramai orang kat sini. Daftar terus dapat kunci, terus masuk salin baju sebab kebuluran. Pepe hal, aku demand nak dok kat sini
Rumah tepee !!! Gila semangat nak dok umah tepee nih weih. 1 night RM95. Ok lah sangat kan setakat kitaorang 3 ketul ni je ha. It’s more than enough, setakat nak ada tempat tido dan salin baju. Kalo mau travel kena pandai tengok keadaan. Kalo nak beraktiviti bagai, hotel ala kadar sudah cukup. Kalo betul nak rest, mau ber’spa’ lah, lepak jer dalam bilik, cari la hotel yang baik sket
Ini memang koboi yang dok sini. Patutnya Red Indians, but koboi pun buleh la. Nak tau kenapa koboi ? Sebab kitaorang datang sehelai sepinggang jer. Hahaha … bebetul ada yang ada kat badan je. Malliq cuma ada 1 baju spare. Ye la, asalnya kan nak pie Alor Gajah je. Mana tau nak sampai ke PD plak
Lepak kat ‘Watering Hole' cafĂ©. Sumpah kebuluran … malas mau pikir mau makan kat mana kat luar. Kang nak cari tempat lain plak laie. Belasah jer
Spaghetti bolognaise – Malliq. Grilled Salmon with pasta – Mine. Sirloin steak with vege – Incek Jaque. Semua adalah sedap ! Salmon tu adalah terbaik ! Portion raksasa plak tu … dalam gambo nampak je kecik. Semua orang makan hingga licin. Kelaparan adalah pasti … harga hotel pun salah satu faktor
Lepas dah kenyang, kitaorang ke Pekan PD. Beli baju, spentot, pampers dan segala menda yang perlu la. Nama je koboi tapi jangan la keji sangat tak senonoh perangai okay
Balik dari membeli barang kitaorang pie la mencuba aktiviti yang ada kat situ. Kitaorang beli kupon untuk naik kuda dan main go-kart je. Kesuntukan masa dan ini jer aktiviti yang Malliq bleh join
Hehe bergaya tol bujang sorang neh. Tangan tu tak lepas ngan straw. Suka naaa main ngan straw. Hapa tah best
Yang two-seater ekzos rosak, jadi kena la pangku ini budak kecik camni. Tapi 1 round jer. Malliq pun tak kisah sangat sebab dia bukan heran pun sama ini go-kart. Main ler Incek Jaque sampai 5 round. Habis main go-kart badan ketaq … hahaha
Koboi mesti la naik kuda ! Dapat la naik 2 round. Jadi la … Pehtu mandi kolam. Masuk kejap jer pehtu hujan lebat ! Melepak la kami makan jajan dalam bilik
Malam tu kitaorang jumpa ngan abang Incek Jaque dan Kakak Beras kesayangan di PD. Tekak aku dah tak lalu nak makan ayam ke western ke. Ikan bakar … ada ke kat PD ? Tepi laut takkan takde orang jual ikan bakar kan ?
Guess what ? Memang susah nak cari ikan bakar kat PD ooo ! Mungkin sebab tak tau mana cari agaknya. Lelast kitaorang makan kat Mayang Sari. Then main kat pantai
Lepas tu balik ! Huhuhu simple jer holiday koboi kitaorang. Esok tu Deepavali, check out dan balik Melaka. Habis !
Lenkali kalo nak kuar, kena standby at least sepasang baju ! Lesson learnt …
ada la kedai ikan bakar kt PD. may b ko tak perasan..
ReplyDelete:: kakngah ::
ReplyDeletememang tak perasan kak ... sebab Mayang Sari tu jer paling menonjol signboard dia tu yang kitaorang terjah situ