:: It’s Not Our Garden, Cafe ::
Untuk pencinta makanan cam aku ngan Incek Hubby nie, asal ada kedai yang baru bukak semua kami redah. Mencabar juga mau makan kat sini, sebabnya … semua nampak sedap. Termasuklah secawan teko teh herba dibawah ini :
Aku adalah gatal. Terlebih adventurous kot
Seteko Lavender Tea yang bertujuan untuk menyahtoksik dan memberikan efek segar kepada kulit jadi santapan kitaorang. The verdict … sila cari pencuci baju @ lantai perasa lavender dan togak … pergh! Nasib baik tak kojol kat situ … Tapi, kalo tak cuba tak tau kan?
Next on the menu :
Mine : Curry Chicken Ramen
Star : ««« and 1/2
Hub’s : Wasabi Chicken Pop
Star : «««« and 1/2
The ramen nyer curry agak tawar and not to my likings. Wasabi Chic Pop tu memang sedap. Lelast aku dok bantai Incek Hubby nyer makanan. Ekceli the menu nyer choices adalah sangat banyak sampai ko rambang mata, rambang deria rasa lalu otak ko hilang ingatan nak oder yang mana satu. Tu la pasal tetiba plak ko leh oder pencuci lantai masuk teko
Ini la lelaki baik yang sanggup menghabiskan pencuci lantai yang dioder secara membuta tuli oleh isterinya. Hahaha … mekacih yer! Oh … lavender tea tu takde salah apa pun. Yang salah tu ialah kami yang tak larat nak telan tea tu sebab memang rasa lavender habis²an. Selama ni togak chamomile tea, passion fruit tea suma takde masalah. Mungkin dah terbiasa lavender tu dalam wangian untuk pencuci lantai dan lelain kot. Huhuhu … mungkin kena try 2-3 kali baru ok agaknya?
A nice place and really calm being here. Do pay a visit and try the food. Semua adalah halal dan organic. A wiser and healthier alternative of good food too! Located at Aeon Bandaraya Melaka
Nota Kaki Ayam : Kalo berani, sila order lavender tea and tell me your experience!
Comments
Post a Comment