17 June 2010

:: Malliq @ 18 Months ::

02052010151 02052010153

 

 

 

 

 

Orang kata dari gaya tidur buleh kenal personaliti seseorang

Well, what do you gonna say ‘bout these sleeping styles?

Tonggeng adalah position fevret. Tido tiarap kan anak lebih bijak, but if tonggeng? Hahaha … takmo la aku huraikan lebih panjang. Kejam sungguh … ada cacing ke ek?

14052010190

Sedang menonton Sesame Street Podcasts – What’s the word on the street? di tepon Incek Hubby. Tapi puting tetap tak tinggal. So far tengok gigi dia takde masalah pulak i.e. jadi jongang ke apa. Harap² takde jadi pepe la sampai dia bercerai ngan puting dia tu. Ntah bila tak tau la aku

02052010154

Nampak tak budak kecik tu kat tepi Incek Hubby? Masih tido sambil menutup muka dengan towel keciknya. Nyenyak jer tido kalo towel tu letak kat muka camtu. Kitaorang leh makan ngan aman. Tapi kalo puting ada tapi towel takde, itu dia takmo. Haih bujang sorang nih. Memacam hal ajer

Lelain perkembangan :

  • Takmo dok dalam stroller @ shopping cart @ apa saja angkutan nak carry dia kemana². Semuanya nak jalan sendiri … ye lah, orang dah buleh jalan kan?
  • Sudah buleh sebut few words and sounds such as apples, banana, car, bang (kapal terbang), cat, ikan, air, maaam (makan), sakit, cicak, gang (pegang), kokok (pokok), kukut (kentut), kokong (dokong), buat bunyi ayam, buat bunyi keta racing, nom (minum) dan nak … emmm itu jer yang ingat skarang
  • Suka baling barang
  • Suka cekik mak ngan ayahnya (ntah mana dia belajar nie)
  • Suka baca buku Baby Einstein
  • Suka sangat tengok CD Baby Einstein [kalo pasang CD nih mata tak lepas pandang TV]
  • Dah paham arahan seperti : ambil remote, bukak baju, pergi toilet dan lelain
  • Dah boleh baca A B C D E … sampai E cikgu dah mati. Kakaka … dia sebut sampai situ jer. Pehtu dia berenti … aku rasa dia tak reti nak sebut laie kot. Kira ok la jugak sebab aku takde ajar beria² sangat
  • Kalo 1, 2, 3 plak dia sebut One Two Goal … boleh?
  • Lelain … sama jer cam budak lain kot

14062010289

Eh … kebetulan. Gambar ini dengan yang di atas tu diambil selang sebulan. Yang ini sesi membersihkan lobang telinga yang dah termasuk air akibat berangan jadi ikan cam di bawah

15062010291 15062010292

Langsung tak takut ngan air. Ini di Melaka Wonderland. Oh … ini cerita lanjut di entry lain yer

08062010257 
Terbongkang dalam bas jam 7.12 AM sewaktu 1 day short trip ke Singapore. Oh … Ini pun akan diceritakan dalam entry yang lain. Theeheehee …

23042010087 23042010090

Ok lah … sekian !

Proud Mother,yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...