:: Selamat Hari Raya ! ::
Adalah sangat L A M E ok. Seminggu dah kenyang ketupat, rendang, lemang baru nak wish raya ! Sangat tak berhati perut peparu limpa ek – yups, semua dah kena masak time raya aritu
Cerita raya taun nih adalah dipenuhi dengan makanan berprofil tinggi dan kepenatan melampau²
#1 : Canadian Lobster
Ini lobster. Dimasak pada 3 hari terakhir Ramadhan kot. Aku hilang ingatan lah. Aku kirim kat wife BF aku yang keje kat Putrajaya sebab supplier lobster nih tak anto sampai Melaka. Kalo korang berhajat nak makan lobster, leh cari kat sini – Facebook Lubuk Lobster
Lobster fresh frozen dari Canada. Telah berangan nak makan lobster Canada sejak dari form 4 bila ayah aku pie Canada dan pulang bercerita kesedapan memakan lobster Canada kat kitaorang. Takleh bawak balik sebab ayah aku pie sana keje, bukan lepak makan angin. Tapi sakit hati jugak la, dengar je citer, rasa nya idak. Huhuhu
Seko dalam RM50 – RM58 … not more than RM60 seekor. Maka dengan rakus aku telah merembat 4 ekor terus. Memandangkan umat manusia yang ramai kat umah mak aku
Oleh kerana ini kali pertama berdepan dengan krustasia bersepit besar ini, maka nya amik jalan selamat. Masak rebus jer dan makan ngan garlic butter. Gambar dah siap nan ado pasal semua galak makan tak hengat donia, lupa terus nak amik gambo
#2 : Kambing Golek
Mmmmbbbeeeekkkkk! Yer … kitaorang teleh mengorbankan seko kambing Boer dan menggolekkan sendiri kambing tersebut. Ayah aku tetiba request nak buat kambing golek pada hari ke 6 terakhir Ramadhan. Layan kan aje !
Ini bukan takat golek, gelek ada, gerek pun ada. Sekejap je masaknya. 2 jam golek dengan api besar. Berjam jam jam jam jam jam jam tak tido kalo bara api. Huhuhu panjang citer menggolek kambeng neh. Tapi sangat berbaloi – sodap tak hengat
Bagi pencinta kambeng … taun depan aku buat biz kambeng gelek. Huhuhu sapa berkenan, leh email kat aku. Gerenti sedap ooo … tatak bohong
#3 : Air Long Chan
Memula amik 6 crate, pehtu tambah laie 1 crate. Kekejap minum Long Chan. Kekejap kokak botol oren bodoh neh. Sampai naik berpinau bijik mata minum Long Chan. Kekeke … meriah gila makan kambeng golek sambil minum Long Chan … mana mau dapat ooo
Makanan lain macam biasa la : Ketupat, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Campur, Sayur Lodeh, Sambal Udang, Babat Kicap Lada Hijau, Ayam Sambal, Cheese Tart, Dodol dan Wajik Sirat
Pehtu semua tergolek cam ulau sawa kenyang … Burp !
Comments
Post a Comment