:: Hilang ? ::

Aiyak … lama betul tak update ! Bila aku last update ek ? Itu pun sampai lupa nampak nau dah lama tak ngadap blog aku neh

Kepada yang sudi singgah walau tak berupdate … aku ucapkan – Trima Kassseyyy ! Alleycats style

Untuk memula bicara arinih … aku nak tepek 1 resipi. Dah lama tak letak resipi kan ? Yang sebenau nyer dah lama tak berasap dapo aku tu … pasal tu ler takde citer makan²

Jadinya terima lah …

baw1

Senang jer

Bahan 

1/2 ekor ayam – dipotong kecil
3 ulas Bawang merah + 2 inci halia – kisar halus
4 pot beras – atau ikut kesusaian
1 helai daun pandan – disimpul
2 ikat daun selasih – ambil daun sahaja
1 paket kecil rempah sup serbuk – dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
Air secukupnya – aku guna 2 liter

Minyak untuk menumis
Garam dan perasa – ikut tekak memasing

Cara

  • Cuci beras dan toskan
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Bila sudah kuning, masukkan pes rempah sup. Tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan potongan ayam. Goreng sebentar
  • Masukkan beras, daun pandan dan daun selasih. Kacau rata dan masukkan air
  • Masak hingga beras menjadi bubur
  • Perasakan ikut kesusaian
  • Siap untuk dihidang … tabur bawang goreng sebelum makan

Ciss … lapo plak perut neh. Tetiba jer … Selamat mencoba !

 

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::