:: Rezeki Pembuka November ::

Ayah saya tepon masa lunch tadi … bawa khabar gembira. Walaupun nampak macam cikai jer, tapi … bukan semua orang buleh dapat tau. Memerlukan daya penglihatan dan analisa yang tinggi … huhu sampai camtu sekali kekdahnya

Apakah ? Hehehe …

Sabtu lepas sekolah lama saya SKJDP (Sek. Keb. Jln. Dato’ Palembang) adakan Hari Kantin. Saya beli kupon $20 – kongsi berdua dengan adik saya lah. Oleh sebab itu, saya dapat isi borang “Teka Jumlah Gula-Gula MENTOS”

borangteka 
Sebenarnya saya pergi ke Hari Kantin tu sebab bawak anak buah saya yang sekolah kat situ. Bayangkan … dah baper taun saya tinggalkan sekolah tu. 18 tahun yang lalu. Huhuhu kalau ada anak sudah habis sekolah menengah pun. Ramai juga ‘rombongan’ saya … family saya, family abang saya (dia pun ex-student sekolah ni), adik saya 2 orang (pun ex-student) dan anak buah 2 orang. Maaf, gambar semasa kejadian Hari Kantin takde. Saya takde mood amik gambar. Skarang tengah mood makan saja. Hahaha

Tak harap pun menang apa² … orang suruh isi … saya pun isi je lah borang kecik ni. Nama pun letak nama anak buah saya. Memang tak mengharap apa². Tapi, rezeki Allah tu datang takleh nak sekat² … syukur la dapat JOHAN ! Kiraan saya yang hentam kromo nih 315. Kiraan sebenar ialah 318 ! Memang tak sangka kan ? Dan dapat hadiah idaman semua kanak² sekolah rendah !

Saya dapat ini !

PB011284 Hamper yang penuh ngan jajan !
Memang la idaman kanak²

PB011285 Besar tau

Ini budak berdua tak sabar dah. Dari pukul 1.30 pm mengharap kepulangan saya. Sebab, mak saya kata hadiah ni saya yang empunya. Kena tunggu saya yang bukak. Hehehe, itu pun plastiknya dah koyak rabak. Mana tak, harap baju jer SUPERMAN, tak larat nak pikul hamper yang 3/4 tingginya … kawan² pulak ramai yang jeles tengok anak buah saya mengusung hamper ni. Ada yang buat² terjatuh atas hamper lah. Ada yang sengaja masukkan syiling 20 sen dalam tu, lepas tu amik peluang nak meraba dalam hamper … macam² perangai

PB011287 Ini la isi perut hamper tadi

PB011288 Saya ambil yang ini sahaja

Bakinya … saya bagi pada mak. Biar la kat situ … ramai laie buleh makan. Rezeki, kata orang … lebih baik dipanjang²kan. Yang heboh nak hamper tu, kanak² berbaju superheroes 2 orang tu jer. Saya suka jer kalau diaorang happy … makan la sampai puas hati. Nak harap mak saya belikan jajan … dalam mimpi pun belum tentu dapat. Hehehe

Enjoy !

yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::