Posts

Showing posts from May, 2007

Jemputan Kenduri Kawen

Image
Mak ajak aku ngan laki aku ngan si Bilah temankan dia pegi kenduri kawen kawa n baik dia yang dipanggil Kak Long Fahariah. Kak Long @ Mak Long ni dah pindah Subang Jaya ikut husband dia masa tahun 80-an laie kot dan dia pun jadi suri rumah jer. Yang kawen pada hari nih ialah anak ketiga Mak Long. Pada hari yang sama jugak, anak Mak Long yang sulung bertunang...so kira 2 in 1 la nih. Majlis kawennyer simple jer tapi meriah gak la. Mungkin sebab kitaorang sampai awal kot...(majlis kol 12, kitaorang dah sampai kol 11.20 hehehe) Ini gambo anak yang sulung. Pengantin tengah mekap laie...so tak dapat nak amik gambo dia. Yang lelain adalah gambo sekitar majlis perkahwinan ini.

Betul Tau!

Image
Jom jom jom jom...jom makan makan Hehehe

Terkenang-kenang

Image
Laptop aku tengah buat hal...rasa cam nak baling dalam longkang jer. Tapi sabar je lah sebab tengah tunggu MacBookPro datang baru leh aku campak menatang Acer nih. So, bila tengah update ler ntah pepe jer Windows nih, aku check ler satu2 folder dalam nih. Terjumpa la pulak gambar2 nih. Ini gambar masa aku nak nikah. Inai aku pakai nih, si Cheetot yang jadi designer terjun. Hehehe...sian dia. Anyway, as a dentist, Cheetot sangat berbakat lukis henna nih sebab she had such steady hand to draw! Takyah pakai pun sample design. Dia main hentam jer. The result...sangat cantik! Pada aku dah lebih dari cantik sebab dilukis oleh one of my dearest friend yang dah kawan ngan aku since 1986 laie...Thanks Cheetot!

Pejabat@Rumah ~ SOHO la tu ~

Image
KUALA LUMPUR: Wanita yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga keluarga masih boleh menjadi penyumbang kepada ekonomi negara berikutan pelancaran program Pejabat@Rumah di sini, semalam. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program itu bukan saja boleh dimanfaatkan wanita yang ingin bekerja, tetapi juga membuka peluang lebih luas kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesara yang ingin bekerja dari rumah. Katanya, wanita diberi tumpuan kerana mereka menjadi golongan paling tinggi yang berhenti kerja kerana terikat dengan komitmen keluarga, sedangkan mereka masih produktif untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara. “Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dua tahun lalu menunjukkan 55.7 peratus responden wanita yang ditemui terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada keluarga, terutama menjaga anak. “Penarikan diri wanita daripada...

Petikan Dari Berita Harian ~ Pengawal mati dibelasah kerana ‘tersilap’ bergurau ~

Image
KUALA TERENGGANU: Gara-gara bergurau tidak kena masa, seorang pengawal keselamatan mati dibelasah seorang kenalannya di Kampung Pauh, Kuala Berang, Hulu Terengganu malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, Zailani Mohd Shari, 23, dari kampung berkenaan cedera parah di kepala selepas dibelasah dengan topi keledar. “Sebelum itu, mangsa pergi ke rumah seorang rakannya yang terletak di kampung sama untuk mengajaknya keluar minum di pekan Kuala Berang. “Ketika rakannya yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu menyalin pakaian, datang seorang lagi kenalannya yang berusia 19 tahun dan bertanya sama ada mangsa mengenalinya atau tidak,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, bagaimanapun mangsa bergurau dengan mengatakan dia tidak mengenali suspek menyebabkan suspek berang dan bertindak menghayunkan topi keledar dua kali ke arah kepala mangsa. “Hayunan ...

Kakitangan Awam ~ Naik Gaji La!

Image
PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam’ apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini. Bagi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula, mereka menerima durian runtuh yang lebih istimewa iaitu kadar kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji kakitangan awam lain. Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar. Dalam pengumuman yang turut menggembirakan lebih 557,000 pesara kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan pencen bekas kakitangan awam. Sebanyak 1.02 juta kakitangan awam terlibat dalam eksesais yang dikenali sebagai ‘pembe...

A Tomato Story

A jobless man applied for the position of "office boy" at Microsoft. The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test. "You are employed" he said. "Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when you may start. The man replied "But I don't have a computer, neither an email". "I'm sorry", said the HR manager. If you don't have an email, that means you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job." The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate. He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times, and returned home with $60. The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return lat...