:: Haluuu ::

Sekiranya masih ada yang sudi menjengah blog marhaen yang jarang sekali berupdate nih, jangan jemu menjengah sebab kadang-kala bila ada masa terluang, mungkin aku akan update ... contohnya seperti hari ini lah

Hehehe

Pertama, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga tahun 2013 memberikan suatu kenangan dan pengajaran kepada kita bagi menjadi manusia yang lebih baik pada tahun 2014

Sepanjang peninggalan ... chewah, kemain ayat; ada bermacam suka-duka peristiwa yang berlaku. Mostly - happy. Sumtimes - sedih. But I chose to remember all those happy moments dan yang tak best dan sedih² tu kita takyah semak kan dalam kepala otak

Buat apa bikin serabut diri sendiri kan ?

Meh kita citer sket menda yang tak best dulu yer ! In random order, yang aku ingat² lupa je lah ... mana yang lupa terus tu kita abaikan
  1. Pak Mertua aku masuk wad hari raya pertama taun lepas sebab kencing manis, then kakinya kena potong paras keting belah kiri
  2. Sepupu aku nyer Pak Mertua meninggal on raya ketiga
  3. Aku tak kurus² ... hahaha (Ini takyah citer pun takpe sebab sedih sepanjang tahun ... Kakaka)

Itu je lah kot yang aku ingat. Teruk eh ? Ingatan cap ayam betul ... So, we move on to menda yang best plak okay ?
  1. Adik aku yang no. 6 kawen. Bertambah lah ahli keluarga extended kami
  2. For 1st time, in 9 years of service, dapat pegi meeting obersi. Heleh ... gie Sarawak jer pun tapi ye lah, kita kan nobody jer. Bila Boss bagi green light gie meeting jejauh mana la tak happy kan ?
  3. Malliq dapat anugerah Pelajar Harapan (sekolah tadika KEMAS jer)
  4. Ouh ... mengundi ! Pepagi buta hantar Incek Jaque naik bas sebab dia mengundi kat Klang
  5. Business kecil²an aku makin rancak. Ada la few hiccups here and there, but we manage to cope
  6. Kesihatan yang baik sepanjang tahun. Dan yang terakhir, yang paling epic dalam senarai ni adalah : -
  7. Malliq akan dapat adik ! Hooray ! Hihihi ... Alhamdulillah ! Setelah 6 tahun menunggu ... syukur dikurniakan zuriat kedua

So, memang list happy buleh cover list tak happy kan ? Jadinya, mari lah kita menjadi manusia yang akan sentiasa bersyukur dengan kehidupan kita

Insya Allah ada masa, aku update laie yer ?

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::