:: Perutusan Perdana Menteri Blog AhhPening ::

Tsk tsk ... betul nyer tak update


Aku just nak cakap ~ Selamat Tahun Baru 2012. Kekeke ... dah 10 hari kot berada dalam tahun 2012. Baru ada hati nak update blog sendiri. Pffttt ... sengal jer kan


Perutusan aku neh pendek jer kot sebab masa tak cukup nak taip pepanjang. Aside kerja yang semakin menimbun-membukit-melambak-lambak-memeningkan, rutin harian pun berubah sebab - Malliq Rayyan dah masuk tadika ! Yeay ... aku la manusia yang paling emosi bila anak kecil kesayangan pengubat duka lara telah bersekolah


Hahaha ... tak percaya anak sudah sekolah


Oh ... rambut juga sudah keluar uban. Erk, tambah emosi di situ


Ada pun tahun ini, azamnya adalah berkemungkinan sama jer macam azam-azam yang mungkin pernah melukakan hati ini sebab tak berjaya dilaksanakan ... apa boleh buat, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan (adakah ini percubaan untuk meletakkan kegagalan kepada takdir setelah diri yang gagal melunaskannya ? hahaha ... biasalah berdolak dalik tu kan lumrah)


Tapi ... agar kita sentiasa bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi ni kan ... kena juga ada azam dan matlamat hidup supaya kita sentiasa berada dijalan yang benar dan tidak jauh tersimpang dari jalanNya


Tadaa ... letak jugak lah azam aku untuk taun nih kat sini. Mana la tau kan kot la blog aku nih langsung dah tak berupdate ... setidak²nya entry ini akan menjadi stick post entry, sehinggalah aku update. Baik tak perancangan ?


Ini AZAM 2012 aku


1 - Buat at least satu blog entry sehari (Nampak sangat la perancangan tak berjaya. Belum² dah gagal)
2 - Majukan biz baking, cooking and catering
3 - Jadi isteri/mak/anak/menantu yang lebih baik
4 - Mahu mendalami dan menghayati Islam dengan lebih baik
5 - Melancong !!!
6 - Menyihatkan badan
7 - Tambah bilangan ahli keluarga ??? (Yang ini bergantung pada rejeki)


Jadi itu lah dia. Ok lah aku nak menyambung keje yang menggunung-everest. Berpinau bijik mata aku \@_@/

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::