:: Perginya Seorang Sahabat ::

tabir senja
Mak saya seorang yang peramah. Insya-Allah ke mana saja beliau pergi, memang mudah mendapat kawan baru. Ada juga kawan² kerjanya yang saya kenal dari kecil dan kebanyakkan kawan mak dan ayah memang kenal kami adik-beradik. Mana tak, muka dah la lebey kurang saja … kawan² mak dan ayah dah bosan melihat kami membesar depan mata mereka … hehehe

Ada kawan² mak yang sakit … ada juga yang sihat, tapi tak ramai. Alhamdulillah, mak masih sihat dan saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada mak

Bila kita akan dijemput Illahi, tiada siapa yang tahu. Salah seorang kawan mak, baru saja meninggal petang tadi. Sakitnya tak lama, seingat saya dalam 6 bulan kot. Dari makcik tu anak dara … sampailah beliau meninggal, itulah salah seorang dari geng ketat mak. Apa yang buatkan mak sangat sedih selain usia arwah yang 8 tahun lebih muda dari mak ialah … arwah hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Langsung tidak berusaha untuk menceriakan dirinya

Sakit memang lah sakit … tapi janganlah sekadar berbaring dan menunggu masa untuk mati. Tengok TV tak mahu, bergurau tak mahu … hanya sedih dan merungut sahaja. Nak salahkan arwah pun tak boleh, tapi mak memang terkilan kerana arwah langsung tak ‘melawan’

Saya pun sedih juga … teringat gelagatnya yang selalu ringan tulang bila diperlukan mak

Makcik … kami doakan semoga makcik mendapat ketenangan yang dicari di sana. Amin

yumiko

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::