:: Cerita Raya Pertama ::

gambar raya

Inilah kami satu keluarga … semua ada. Mak, ayah, anak, kakak, abang, adik dan cucu. Cicit masih belum ada laie. Hehehe, kalau panjang umur mak dan ayah saya, ada la kot rezeki diaorang nak tengok cicit

Yang lain kaler … dok umah sendiri. Yang satu kaler sama jer ngan mak ayah tu, kaler biru … warga sebumbung. Ada geng kaler hijau [Angah], kaler purple [Saya] dan kaler fuschia [Ateh]. Lawak betul masa nak amik gambar nih. 3 tripod terpacak ngan 3 bijik D-SLR semua nak amik gambo. Pasang timer, pehtu semua gelabah nak tengok kamera yang mana satu. Ada jugak adegan amik gambo orang tengah berlari nak masuk frame

P9100675

Pengantin baru dan ahli keluarga baru
Ateh, Diana dan Feeza

P9100677

Pandang ke lain la pulak
Barisan belakang : Kaklong, Aish, Ayah, Izz dan Mak
Barisan depan : Bilah, Mai, Sidek dan Uki [Ini geng orang bujang]

P9100678 
Keluarga kecil
Jannah, Angah dan Kyra

P9100680

Keluarga kecil yang ‘comel’
Incek Jaque, Malliq dan Saya

P9100683 
Kakak saya yang single dan anak²
Izz, Along dan Aish

apple 
Makanan adalah super banyak tapi Malliq hanya berkenan kat apple nih saja. Hampir sebakul dia sebat. Pencinta buah epal dan apa sahaja yang kelihatan bulat. Mak saya seperti tahun² sudah menu hari raya adalah sama. Nama pun hari raya … ketupat dan rendang tu ‘Normal’ lah kan? Tapi pernah tak tengok lauk yang ini?

 kambing 
Hahaha … sumpah saya tak tau apa nama lauk nih tapi tetiap taun kambing nih memang ditunggu². Sebabnya time raya saja mak saya masak lauk nih. Time lain memang takkan jumpa kambing nih. Serius sedap … masakan ni menyerlahkan rasa manis daging kambing. Wah … hebat betul. Nanti saya letak resepinya. Lain² makanan ialah Nasi Tomato, Rendang Campur, Ayam Masak Merah, Daging Goreng Sate, Sambal Udang, Paceri Nanas, Sayur Lodeh dan Babat Masak Kicap

P9100714 
Saya rasa saya kurus dalam gambar ni
Hahaha … teknik kepala senget kena betul, baru la kurang tembamnya

P9100720
Dan sekali sekala perlu juga ambil gambar yang ‘gila’
Buleh masuk koleksi gambar keji
Jarang keluar muka saya di blog sendiri
Jadi … terima saja lah

Cukuplah cerita raya pertama kami sekeluarga. Rumah mak saya macam restoren kalau pada hari raya pertama. Biasanya kawan² ayah saya yang kebanyakannya Cina dan India datang serbu dari pagi sampai ke malam. Ayah saya pun dah naik melepek melayan orang datang. Mak pulak siap masak nasi tambah. Saya pulak masak sambal udang tambahan. Memang tak cukup makanan. Alhamdulillah lah … dari makanan tu semua terbuang

Oklah … nanti saya sambung cerita raya yang lain

yumiko

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::