:: Cakkk ::
Salam 12 Ramadhan kepada pembaca blog ini dan kepada mereka yang mungkin tersesat sampai ke sini. Selamat berpuasa kepada kalian Ketahuilah bahawa, blog ini agak pemes dahulu (konon) dan kemudian telah terbengkalai akibat penulisnya mengalami mental break down/writer's block yang agak kronik lalu terbiar sepi Kasihan Selain dari mendapat penyakit di atas, penulis juga telah mendapat penyakit lain. Eh, ini lebih kepada mencari penyakit apabila telah berjaya melahirkan seorang bayi. Yaaa ... BAYI ! Bukan Bai Roti pakai turban tu yer ... Ini la bayi yang dimaksudkan - sila beri perhatian. Nanti masuk soalan exam akhir tahun Seorang laie lelaki tampan telah dilahirkan. Iya tampan ... Mana ada bayi yang tidak tampan/comel/jelita bila dilahirkan ? Semua bayi itu cantik ... Penghuni syurga la katakan Nama beliau : Mukhsin Rassyid. Masih mengekalkan ciri2 nama berpangkalan data MR seperti abangnya Malliq Rayyan yang telah pun menjadi bayi tua emaknya - 5 tahun 7 bulan, pukul rata 6 tahun s...