Posts

Showing posts from 2013

Sembang Rambang #1

Di suatu petang, di sebuah pasaraya : Malliq : Mak, mak ... sini la cepat Mak : Ada apa ? Malliq : Sini la cepat. Ada 100+ baru ... ni 100+ Lai Chi Kong (muka eksaited giler nak tunjuk kat Mak) Mak : (Dalam hati - ada ke perasa Lai Chi Kang ? Ke 100+ perisa laici ? Haih ... kompius betul ni) Ye laaa mak datang ni ... mana 100+ baru ? Malliq : Ni ni ... 100+ Lai Chi Kong (Lompat ! Lompat ! Gembira ) Mak ... Malliq nak 100+ Lai Chi Kong ni Mak tepuk dahi ... adoyaiii Mak : Malliq Rayyan ... ini bukan 100+ Lai Chi Kong ... ini 100+ ada gambar Datuk Lee Chong Wei lah !!! Sorry yer Datuk ... nama sedap2 jadi Datuk Lai Chi Kong Sakit perut aku

:: Apa Dalam Botol ::

Image
Kurang lebih ketika itu umurnya dalam darjah 3, pertama kali bersua dengan sebiji botol kaca yang berwarna legap; lengkap bertudung plastik merah longgar dan dibalut akhbar lama Lama direnungnya botol tersebut. Maklumlah ... pertemuan pertama kali bertentang mata. Kalau dulu hanya dengar-dengar saja ... nah, kini boleh dipegang secara nyata Dibuka kerudung merah, terserlah aroma menusuk ke hidung. Ahh ... busuk amat ! Apa yang orang gila kan ? Hairan sungguh manusia Diajukan soalan kepada si tukang bawa - masih hidupkah ia di dalam sana ? Sambil menjengah-jengah ke dalam botol. Masih merenung tajam ke sudut botol yang paling dalam Bingung seketika si tukang bawa, apa yang masih hidup ? Mana mungkin botol ada nyawa ? Jawabnya pendek sahaja - berudu

:: Silent Year ::

Gila gagal   Senyap sungguh