:: Senam Selam ::
Bersenam ! Hiah ... Hiah ...
Berapa ramai antara korang yang rajin bersenam ?
Aku ? Macam entry yang lepas ... takde makna dee aku nak bersenam. Dapat plak partner yang tak berapa nak bersenam. Nasib dia baik kadar metabolisma masih ditahap tinggi. Tak macam aku yang metabolisma punya kamus dah hilang dari direktori otak ... cari² tak jumpa. Maka nya, kalori dok terpengap dalam badan … tak tau nak buat apa
Sangat iri hati dengan manusia bermetabolisma tinggi/normal
Hohoho … pose berani mati neh. Garang tol … mata atas ! Ini budak bukan bermetabolisma tinggi. Ini budak hyper active berlebihan energy. Sangat cargas tanpa batas
Pada 31 Disember 2010, sempena hari cuti Harimau Malaya menang bola kelmarin, mak aku ajak makan bekpas nasi asam weih ! Mana nak dapat - - - pepagi buta subuh alam dah pegi makan asam pedas ikan tenggiri ngan ayam goreng dan sayur yang sangat lazat neh kat tempat lain. Kedai Asam Pedas Pak Moktar nih memang bukak time sarapan jer. Ingat laie kekecik dulu selalu ikut mak ngan ayah makan kat sini. Dah tua bangka pon ikut laie mak ayah makan bekpas diaorang belanja ! Hahaha ...
Lepas makan ... entah pesal, aku tergerak nak jenjalan kat sekitar town. Pegi ikut satu keta ngan diaorang, balik aku cakap ngan mak aku - 'Mak, kitaorang nak jenjalan kat sini. Kang kitaorang balik naik bas. Saja nak bawak Malliq naik bas'
Amik obat, mak aku ingat kitaorang dah gila kot ! Hahaha ... sabo je lah. Semua buat² muka tak percaya ! Nyampah aku ... gila keji tak berkeyakinan langsung kat aku nih. Ciss ...
Jadinya ... kitaorang pun jalan la sekitar town - masa nih kol 7.45 pagi kot. Hari PUBLIC HOLIDAY ! Nak cari apa daaa ... sudahnya jalan la menyusuri Sungai Melaka. Mula dari Bus Station lama tu ... kitaorang jalan sampai ke Bandar Hilir ko. Malliq pun steady jer ... Jauh tu !
Ini baru sampai 1/4 jalan … Gigih tau berjalan sightseeing nih. Tetiba feeling tourist ko …
Phew … sampai sini dah ! Jalan kaki tu lebey kurang ada la kot 2KM. Pepagi laie, tenang dan nyaman. Cuba dah kol 10 lebey kang … mau meroyan !
Suka dapat jalan² ngan amek gambo. Kira nih street photography lah kot. Hehehe … tak letak semua. Banyak nau … nak upload masuk picasa pun line tenet cam hampeh. Hazab sengsara !
Akhirnya kitaorang naik bas kol 11.30 depan Dataran Pahlawan. Ada ke patut, sampai je umah mak aku, anak buah aku kata diaorang bajet kitaorang balik umah jalan kaki sebab tak reti naik bas. Ye lah kan … last sekali aku naik bas bandaran nih masa aku Form 5, taun 1997 … korang kira lah sendiri. Sangat tak berhati perut berfikiran negatif aku tak reti naik bas !
Fuh ! Itu lah namanya Senam Selam. Jenjalan bersenam sambil jenjalan makan angin. 2 in 1 lah senang citer. Sejak dari tu every weekend kitaorang senam selam. Lepas nih aku citer kitaorang pie pantai plak ek
Papai !
testing
ReplyDeletekanena!!
ReplyDelete