:: Saya tak kaya, tapi saya ok ! ::
Sempena tarikh cantik nih … saja je la nak tepek satu post kat sini
2-3 hari nih badan tak berapa nak sihat. Tak tau lah naper … cuaca tak menentu kot. Sungguhpun begitu (pergh ayat skema) aktiviti kat umah berjalan seperti biasa. Kerja pun macam biasa … hidup saya biasa² jer kot. Takde yang luar biasa … tapi, saya happy jer. Ayat biasa² tu cam sedey jer kan ? Hahaha … biasa² bukan makna saya tak bahagia dan hidup sengsara. Biasa² macam orang biasa yang lain. Luar biasa kang amenda jer luar biasa ? Huhuhu … tak dapat la nak explain kat sini
Ada perkara menarik yang nak saya kongsi sempena tahun baru 2011. Sebelum New Year laie, saya dah stop makan kat luar ! Gila tabah tau … hari² masak kat umah. Hek eleh … itu pun nak kecoh ke ? Huhuhu … sebenarnya ada la sebab kenapa saya kecoh. Lebey kurang 1 bulan lebih jugak lah kitaorang makan apa yang saya masak kat umah jek. Dari sarapan sampai supper suma saya buat. Complete set siap dessert tau. Al-maklumlah, laki den suka mengunyah
Kisahnya … bila saya stop makan kat luar, baju seluar suma jadi longgar. Cuma Malliq jer yang makin berisi. Hahaha … memang la heran. Selama nih berdiet bagai nak rak pun tak jadi apa. Bila stop makan luar, baru la nampak badan nih susut sket. Yer … saya lepas kawen terus badan naik mendadak … takde stop²
Bila dok umah sendiri laie la bertambah teruk. Sebab 2 orang jer kat umah … nak masak pun buat penat jer. Padahal, masak tu memang celah gigi jer. Bukan tak pandai masak … malas nak ngemas. Hahaha … bila malas dah melanda diri … jawapan untuk meneruskan kelangsungan hidup ialah … makan di kedai
Makan kat kedai plak tak menahan … suma nak 'Berjenama' … macam beli henbeg plak ek. Johnny's lah, Secret Recipe lah, Nandos lah, Mekdi … Kepsi … US Pizza lah, Kenny Roger's … segala menda yang ada tu lah senang cerita. Kedai mana jer kitaorang tak terjah … semua bedal jer pantang lalu
Dapat anak plak lepas 2 taun kawen … makanya selama 2 taun tu lah saya menjadi penternak lemak berjaya ! Wallaweih … memang tak sedar. Bila seluar sendat, pinjam seluar Incek Hubby. Bila seluar dia pun sendat … jahit pulak seluar sendiri. Gila in denial. Lama² … satu menda pun takleh muat … nasib baik saya tak pakai karung guni. Hahaha …
Saya nih masa zaman muda belia aktif bersukan. Track & Field, Hoki, Taekwon-do, Swimming, Netball, Badminton … tu suma kacang je. Tapi kemalangan sket … Incek Hubby kaki bangku. Harap jer kaki panjang menggalah. Sukan² tak berapa. Tapi dia suka panjat gunung … hemm ini pun buleh la kira bersukan. Lepas kawen dedua jadi pemalas. Nak berjogging pun malas. Nak jalan pun malas. Bayangkan … perkahwinan telah mengubah hidup kami kepada pemalas. Lebih suka duduk ngadap TV@Komputer. Kadang tak buat apa pun … lepak² jer. Santai lah konon
Nasib baik jugak lah ada rezeki dapat si Malliq Rayyan. Bila dia dah masuk 2 taun nih … dah pandai la nak main kat padang ke, main beskal ke, jalan² keliling taman ke … kalo tak, aku pandang ko – ko pandang aku. Lepas tu gaduh … hahaha. Awal² kawen memang asik nak gado jer. Skarang, dah tak kosa … lantak lah
So … amenda saya merepek panjang bebeno nih. Haa, pengajarannya … kalo ada kemampuan (masa dan tenaga … bukan setakat wang ringgit) masak lah kat umah. Ternyata makan kat umah lebih baik dari kat luar. Kalo masak sendiri kita boleh dapat yang terbaik … bukan hanya dari segi bahan dan ramuan, tapi juga masa yang anda dapat spend bersama family. Makan kat luar pun buleh spend time ngan family tapi kalo kat umah sendiri tu kan lebih baik. Kalo saya masak, Malliq suka main air kat sinki dapo. Dapat la jugak saya berborak dengan dia. Kengkadang tu entah pepe jer dia cerita, tapi saya suka jer dapat bersama ngan dia. Dan silap² haribulan dapat bergado plak ngan dia sebab letak kepala bawah kepala paip kengkonon mandi shower … hahaha, mana nak dapat semua tu kalo makan kat luar
Apa pun … menghabiskan masa dengan family … apa jua aktivitinya, adalah perasaan yang sangat membahagiakan. Ada orang kerja bagai nak rak, sampai buat 2-3 kerja satu masa, anak² pun dah jadi macam anak ayam. Saya tak kaya sangat … biasa² je … tapi saya happy ! Harta menggunung pun bukan buleh bawak masuk kubur. Anak² tu lah harta yang paling berharga … jagalah ianya dengan sempurna
masak sndri.. penuh dgn kasih sayang....
ReplyDeletesaya pon suka makan kalau org laen yg masak.... hahaha.... family alwiz 1st! berkat dunia akhirat
ReplyDelete:: kakngah ::
ReplyDeletebetul ... masak sendiri tak sedap pun jadi sedap. hahaha .... nak jaga hati mak
:: vicereine ::
orang lain masak dah lain citer lah pulak. tapi its always best to be with family
betul..betul..betul (bak kata upin ipin)
ReplyDeletemasa bebaru kawen aku pun selalu makan kat luar.
siang malam pagi petang.
lelama dah ada anak ni baru la insaf.
rabak poket ku.hi..hi..
betul ... nak² zaman skarang, kalo makan gerai pun harga starting pun paling cikai dah 3.50 ... tak dapat der mee goreng bodo harga 2 hengget. memang leh rabak poket
Delete