Posts

:: Siaran Tertunda ::

Setahun tertunda ... Rasa kekok pulak nak membebel kat blog ni. Di suatu masa dahulu, menjadi tempat 'curhat' yang tidak pernah mengecewakan. Tempat berkongsi suka dan duka Sejak ada fb, dan agak aktif ... aku ambil keputusan untuk tutup terus fb aku tu. Makin lama makin semak pulak. Terlalu banyak interaksi luar kawal. FB tu memang aku tak nafikan banyak faedahnya, tapi aku rasa makin lemas dengan 'over sharing' Masalah di fb ... apa yg lalu di wall ko tu, ko terpaksa tengok. I mean ... mmg ko boleh block itu ini yang ko tak suka, tapi sebelum ko blok, ko terpaksa juga tengok dulu kan ? Muntah darah ! Biarlah aku membebel kat sini. Takde orang baca ke, takde orang like ke ... ini rumah aku. Aku tak paksa ko masuk dan baca pun. Kalo kat fb tu ... nak tak nak pun kena pandang dulu sebelum aku tendang keluar. Takmo tengok pun terpaksa tengok jugak ... Semoga taun ni aku rajin sket update blog. Redha je ler ngan bebelan aku ni ...

:: Cakkk ::

Image
Salam 12 Ramadhan kepada pembaca blog ini dan kepada mereka yang mungkin tersesat sampai ke sini. Selamat berpuasa kepada kalian Ketahuilah bahawa, blog ini agak pemes dahulu (konon) dan kemudian telah terbengkalai akibat penulisnya mengalami mental break down/writer's block yang agak kronik lalu terbiar sepi Kasihan Selain dari mendapat penyakit di atas, penulis juga telah mendapat penyakit lain. Eh, ini lebih kepada mencari penyakit apabila telah berjaya melahirkan seorang bayi. Yaaa ... BAYI ! Bukan Bai Roti pakai turban tu yer ... Ini la bayi yang dimaksudkan - sila beri perhatian. Nanti masuk soalan exam akhir tahun Seorang laie lelaki tampan telah dilahirkan. Iya tampan ... Mana ada bayi yang tidak tampan/comel/jelita bila dilahirkan ? Semua bayi itu cantik ... Penghuni syurga la katakan Nama beliau : Mukhsin Rassyid. Masih mengekalkan ciri2 nama berpangkalan data MR seperti abangnya Malliq Rayyan yang telah pun menjadi bayi tua emaknya - 5 tahun 7 bulan, pukul rata 6 tahun s...

:: Aktiviti Hujung Tahun ::

Image
Ini cerita menumpang aktiviti tempat kerja orang. Hehehe ... Sebenaunyer abang aku nyer kilang buat family day. Agak besar la event nya. Kilang nya pun agak ternama juga. Sebabkan mood haku arini agak ke laut, layan aje ler gambo

:: Haluuu ::

Sekiranya masih ada yang sudi menjengah blog marhaen yang jarang sekali berupdate nih, jangan jemu menjengah sebab kadang-kala bila ada masa terluang, mungkin aku akan update ... contohnya seperti hari ini lah Hehehe Pertama, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga tahun 2013 memberikan suatu kenangan dan pengajaran kepada kita bagi menjadi manusia yang lebih baik pada tahun 2014 Sepanjang peninggalan ... chewah, kemain ayat; ada bermacam suka-duka peristiwa yang berlaku. Mostly - happy. Sumtimes - sedih. But I chose to remember all those happy moments dan yang tak best dan sedih² tu kita takyah semak kan dalam kepala otak Buat apa bikin serabut diri sendiri kan ? Meh kita citer sket menda yang tak best dulu yer ! In random order, yang aku ingat² lupa je lah ... mana yang lupa terus tu kita abaikan Pak Mertua aku masuk wad hari raya pertama taun lepas sebab kencing manis, then kakinya kena potong paras keting belah kiri Sepupu aku nyer Pak Me...

Sembang Rambang #1

Di suatu petang, di sebuah pasaraya : Malliq : Mak, mak ... sini la cepat Mak : Ada apa ? Malliq : Sini la cepat. Ada 100+ baru ... ni 100+ Lai Chi Kong (muka eksaited giler nak tunjuk kat Mak) Mak : (Dalam hati - ada ke perasa Lai Chi Kang ? Ke 100+ perisa laici ? Haih ... kompius betul ni) Ye laaa mak datang ni ... mana 100+ baru ? Malliq : Ni ni ... 100+ Lai Chi Kong (Lompat ! Lompat ! Gembira ) Mak ... Malliq nak 100+ Lai Chi Kong ni Mak tepuk dahi ... adoyaiii Mak : Malliq Rayyan ... ini bukan 100+ Lai Chi Kong ... ini 100+ ada gambar Datuk Lee Chong Wei lah !!! Sorry yer Datuk ... nama sedap2 jadi Datuk Lai Chi Kong Sakit perut aku

:: Apa Dalam Botol ::

Image
Kurang lebih ketika itu umurnya dalam darjah 3, pertama kali bersua dengan sebiji botol kaca yang berwarna legap; lengkap bertudung plastik merah longgar dan dibalut akhbar lama Lama direnungnya botol tersebut. Maklumlah ... pertemuan pertama kali bertentang mata. Kalau dulu hanya dengar-dengar saja ... nah, kini boleh dipegang secara nyata Dibuka kerudung merah, terserlah aroma menusuk ke hidung. Ahh ... busuk amat ! Apa yang orang gila kan ? Hairan sungguh manusia Diajukan soalan kepada si tukang bawa - masih hidupkah ia di dalam sana ? Sambil menjengah-jengah ke dalam botol. Masih merenung tajam ke sudut botol yang paling dalam Bingung seketika si tukang bawa, apa yang masih hidup ? Mana mungkin botol ada nyawa ? Jawabnya pendek sahaja - berudu

:: Silent Year ::

Gila gagal   Senyap sungguh

:: Ini Jawapan ! ::

Image
Salam kepada pembaca² sekalian ... minta maaf sebab lambat keluarkan jawapan untuk soalan teka-teki minggu lepas. Demam dan tak sihat badan ... tapi dah beransur sihat, Alhamdulillah Berikut adalah jawapan² yang diterima ... 3 orang jer yang ada hati nak jawab. Huhuhu sodeh tol aku ... anyways mari kita tengok jawapan Ada teka paten seluar, ada teka paten tangan baju dan 2 orang teka apron. Oleh itu yang bertanda pin kuning dan pin biru tu telah bagi jawapan yang betul iaitu - APRON ! Tahniah kepada .: yUhAiSya :. dan pembaca setia juga peneka teka-teki ahhpening yang setia iaitu kakngah ! Ini gambarajah sebenar paten apron yang aku lokes dalam tepon je ... zaman moden kan. Laie pun kalo tulis kat ketas ... memang hampeh la akan hilang ! Paling tak pun anak aku conteng buat lokes trapik lite dia Kalo korang tengok bebetul ukuran apron nih kecik jer ... pasalnya apron nih bukan aku punya tapi ... Budak kecik ni punya ! Hehehe comel tak ? Si Ma...

:: Apa Ini ? ::

Image
Hai korang ... Aku ada projek baru. Sapa leh teka, akan diberikan hadiah. Hadiah kemudian announce. Last day teka pada 11 November 2012 (Ahad) jam 12 midnight. Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen yer ... Soalannya adalah - Berdasarkan gambo kat bawah ni ... aku nak buat apa ? Paham kan ? So ... teka lah yer. Jawapan yang paling tepat akan diambil sebagai pemenang Selamat mencuba

:: Malam Bulan Terang ::

Image
Terang sungguh langit malam semalam. Terpaksa jugak snap gambo. Bila baca Metro, ada plak sorang fotog ni amik gak gambo bulan tapi macam ada menda tengah dok keliling bulan tu. Korang ada baca tak ? Indahnya kejadian Allah ...

:: Apa Saja Ini ? ::

Image
Cobaan untuk letak gambar lebih dari satu. Macam mana la nak buat ni ? Well takpelah ... at least dengan ada kemudahan ni lebih kerap la aku hapdet blog ni. Insya Allah ...

:: Ini Testing ::

Image
Hai...

:: Perbualan Harian ::

Situasi - - - dalam kereta, saya drive, dia dok kat sebelah sambil memaksa saya supaya minum susu kotak bersama² selepas dia baru bangun tido dari umah mak saya MR : Mak, sapa membazir tak minum susu kan, tak baik kan ? Mak : Betul, membazir tu memang tak baik ... Pandai Malliq MR : Sapa membazir, nanti kena tangkap dengan polis Mak : Ooo ye ke ? MR : Lepas tu nanti kena masuk penjara Mak : Wah, takutnya MR : Lepas tu nanti perut dia kena cucuk dengan polis Mak : [Gulp!] Malliq Rayyan (MR), baru umur 3 tahun 10 bulan. Sudah belajar di Tadika Kemas, orang yang banyak bertanya dan sangat petah bersembang Kadang² berasa hairan mana saja la dia dapat idea tentang 'sesuatu'

:: Ini Kisah Menyayat Hati ::

Suatu malam yang sepi pi pi ... Pak Mat jual kopi pi pi ... Eh bukan la. Ini menan kanak² yang main tepuk tampau sama rakan sebaya dan make up rhyme sendiri Ini cerita betul yang aku nak cerita ... sedih, lagi sebak dan meruntun jiwa Situasi ~ Mak tengah syok melayan Adam & Hawa di Mustika HD 134 Astro Anak : Mak, yang tu sapa ? Mak : Yang mana satu ? A : Yang rambut panjang tu la ... yang lelaki tu ... M : Ooo, yang tu nama dia Johan A : Mak, johan tu apa ? [Mak malas nak jawab pasal nak tengok TV, tapi si anak dok ngulang ngulang lah soalan tu sampai Mak dah naik fedap dan terpaksa menjawab] M : Haih ... Johan tu juara lah A : Mak, juara tu apa ? [Hadoyaiii !] M : Juara tu number one ! Pemenang, winner. Ok ? Faham ? - - - Senyap - - - Lega dapat tengok TV balik - - - A : Mak, kenapa nama dia Johan ? @_@ Tetiba - Sedutan Minggu Hadapan .::. APAKAH ? .::. Adakah korang pernah mengalami situasi ini ? Anak yang banyak soa...

:: Tadaa ::

Image
Ada orang laie ke yang baca blog ni ? Kalau masih ada orang yang membaca ... aku dengar rasa besar hati mengucapkan terima kasih di atas kesudian kalian menyinggah walau sebentar Disamping itu juga, ahhpening or its me actually, masih bersiaran dengan aktif tetapi telah bertukar media. Blog ini mungkin agak terpinggir dan aku kadang² pun rindu nak membebel pepanjang cam dulu Oh yer ... Jeng jeng jeng ... Ini nak bagitau a few changes yang dah aku tambah dalam blog nih agar senang korang keep up ngan aku di media yang lain Macam yang korang nampak kat sebelah kanan atas page nih ONE : Itu fb badge untuk aku nyer baking biz ~ Oh ! Delish (sila la 'like' yer sahabat yang dikasihi ... hehehe) TWO : Itu instagram nyer badge di mana segala update dan gambo tertera (sila la follow jika mahu) THREE : Itu secebis gambar yang dipost ke instagram Insya Allah ada kesempatan blog ini akan dikemaskini seperti dolu-dolu. Harap kalo sudi ikuti la di media...

:: Roti Bunga Bertelur Cis Kau Keju ::

Image
Memula kita letak gambar dulu Oh sedih ! Gambar memang   agak  buruk. Pakai tepon je amik gambar. Tepon pun 'canggih' sangat kan #TDDMKA ! Sebenarnya ini kengkonon nak buat croque-madame (klik : wikipedia ) Tapi biasa la kan resepi orang malas. Roti tu sumbat jer dalam muffin pan besau tu. Then tekan² sket bagi rata dan buat ruang kat tetengah roti tu. Sapu butter pakai brush kat roti. Pehtu boh la sosej yang dah dipotong² kecil dan digoreng 3/4 masak. Kendian pecahkan telur kat dalam tu. Telur yang paling sesuai untuk resepi ni ialah telur paling kecik korang leh jumpa Jangan la pakai telur burung puyuh ek ... saiz C or saiz D la kot sebab kalo pakai telur besar, telur tu nanti melimpah ruah. Boh pepper ngan garam atas telur tadi. Agak² je. Pehtu ko potong keju cheddar tu pada 4 bahagian then tepek jer atas telur tadi tu Boh ler sos tomato ke sos cili ke atas cheese tu. Kot kalo rajin, potong la tomato ceri agar lebih berkhasiat Pehtu ... bakar leb...

:: Kuih Pun Bertema ::

Image
Kalau dah anak gila traffic light.  Mak pun boleh jadi gila jugak la.  Dah nama pun mak.  Buat apa semua pun ingat kat anak Rajin la pulak kan aku melapis ikut warna traffic light.  Si Malliq memang suka makan ... tambah laie kuih².  Kalo pegi kenduri kawen yang ada kuih² sanggup dia makan kuih jer tak usik langsung nasi ke hapa ke Saje je la buatkan dia kuih lapis ni. Seriously ini first time aku buat kuih lapis yer ! Tak penah umur aku buat kuih lapis. Makan kuih lapis yer pandai ! Hahaha tapi anak punya pasal ... buat la jugak Nasib baik jadi ... dan setiap lapisan tu boleh ditanggalkan satu per satu tak melekat ! Yahoo ! Resepi takyah letak la kot ? Kuih biasa² jer pun

:: Ayam Bertelur Itik ::

Image
Nak diceritakan ... dah lama berlalu Tapi kena cerita juga sebab nak tepek gambar ni ! Hehehe ... Adakah telah berjaya membuatkan anda terliur ? Masa cuti sekolah aritu, kitaorang pegi umah abang Incek Hubby kat Senawang. Pasal dah lama tak makan luar (selalu kitaorang makan kat umah kerana wifenya sangat handal memasak) tetiba telah disajes oleh ipar-duai untuk makan kat satu Chinese Halal Restaurant kat Bukit Putus. Nama tempat tu StarFresh Agro Park (klik : sini for info ) Bila sampai sana, kitaorang yang tak penah pegi tu biau kan je la diaorang anak-beranak pesan. Kitaorang tadah perut je lah jawabnya. Salah satu dish yang diaorang order ialah - Salted Egg Yolk Chicken ni lah [btw, gambar kat atas tu bukan gambar kat StarFresh yer ! Gambar kat StarFresh takde pasal semua dok serbu makan tak hengat langsung nak amik gambo] Memula masa makan Salted Egg Yolk Chicken apa yang aku leh simpulkan dalam ayat yang ringkas ialah - Sedap yang mengarut !  Hahaha ....

:: Hehehe ::

Image
Nak sangat adik sotong kan ? Amik obat ... Aku pakaikan si sotong ngan baju dia Tau takut ... Dia kata 'burok' Sotong mana pakai baju Apa la Mak ni Terkena lagi aku ...

:: Selamat Hari Menjadi Bapa ::

Image
Terima kasih kerana menjadi bapa dan suami yang baik Mungkin tak sempurna tapi mana ada menda yang 'perfect' dalam dunia ni kan ?