:: Kenapa Susahkan Diri Sendiri ? ::


Hari ini nak share 1 perkara ... pasal sambutan Hari Bapa. Ekceli bukan setakat Hari Bapa je tapi - Hari Ibu, Hari Polis, Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Malaysia, Hari Merdeka, Hari Lahir, Hari Hari Hari Harimau ! kekeke ...

Ini aku nak rujuk pada fb Habib Jewels punya ad lah ... seperti kat atas nih. Jelasnya, si Habib punya iklan ofkos lah pasal nak jual barang dia. Itu suma marketing strategy. So segala apa jenis Hari Sambutan dia akan buat promosi. Tak kisah la kan ... itu part Habib. Dia meniaga, mesti la cari jalan nak lakukan barang

Yang aku kurang setuju tu yang komen kat bawah² tu ... alahai kenapa la dangkal sangat menjadi manusia ? Kenapa la nak menyalahkan agama Islam yang suci itu ?

Lepas nih ... birthday takyah tempah kek bagai yer. Islam tak ajar sambut birthday. Apatah lagi sambut birthday tu kadang² punya oberekting sampai leh kira tahap membazir lah. Islam kata tak elok membazir. Itu betul ...

Pehtu takyah sambut Hari Kemerdekaan. Dalam Al-Quran tak sebut pun kena sambut hari negara ko merdeka. Jadi masa hari merdeka yang patut korang cuti tu ... JANGAN CUTI !  
Masa cuti sambutan Hari Perayaan Kaum² Lain Selain Islam pun JANGAN CUTI ! Haram meraikan sambutan hari perayaan agama lain ... Kena kerja ... haram ko cuti sebab ko kata Islam tak ajar menda² sambutan nih bagai

Kadang² kesian betul tengok umat Islam kat Mesia nih. Iman kamu semua senipis kulit bawang kah ? Iman kamu sebegitu rapuh sehingga kamu perlu menuding jari kepada agama Islam itu sendiri kah ?

Maaf lah kalau ada yang nak komen kata aku memacam laie. Tapi setakat Hari Ibu, Hari Bapa pun nak jadi isu ... sedangkan Islam itu mengajar umatnya agar sayang-menyayangi. Kalau setakat nak sayang ibubapa pun tak boleh ... mana ajaran Islamnya ?

Valentine's Day tu pun satu ... kalau nak sambut, sambutlah dengan cara yang betul. Bukan soh ko sambut atas sebab Saint Valentine's. Sambutlah kerana pada 1 hari itu lah suami yang kayu, ada alasan untuk jadi lebih romantik. Isteri yang berpangkat besar yang sentiasa sibuk kat opis ada alasan untuk balik awal dan meluangkan masa dengan suami. Eh, betul. Bukan semua orang mampu menjadi romantik setiap masa. Dan ... bukan semua orang ada masa yang boleh diluangkan bersama

Dan juga V-Day diraikan oleh pasangan kekasih yang tiada hubungan halal itu memang lah salah. Macam yang aku cakap la - sambut dengan cara yang betul

Kita ni manusia. Perlu sentiasa ada alasan dan ganjaran untuk melakukan kebaikan. Macam ko jadi orang Islam yang mematuhi segala ajarannya dengan taat. Kenapa ? Kerana dihujungnya Allah memberikan ganjaran pahala dan syurga. Sama macam ko bekerja. Tetiba bos cakap - Ali, (nama samaran) ko kerja bulan nih takde gaji tau. Tapi ko kerja je la sebab aku dah suruh - agak² Ali ni nak buat ke kerja tu ?

Sama la macam sekarang - kita hanya perlukan alasan. Kalau takde Hari Bapa - mau ke kita yang nakal ni nak bagi kad pada ayah kita yang garang ? Kalau takde Hari Ibu - mampu ke kita call mak kita yang dah lama kita tak jenguk ? Kalau takde Hari Jururawat - boleh ke kita ucap terima kasih pada semua staff hospital yang sambut kelahiran anak kita ? Kalau takde Hari Guru - dapat ke murid² dan cikgu² beramah mesra macam keluarga ?

Kalau menda tu baik apa masalahnya ? Bukan sambut Hari Bapa ni WAJIB kena belikan bapak ko cincin Habib ! Habib tak taja pun Hari Bapa ... dia cuma mengingatkan jer kot. Pada aku ini cuma Pesanan Khidmat Masyarakat. Mana tau ada sesapa yang terpandang nih buleh plak terlintas - Eh, dah lama tak jenguk Abah kat kampung la. Hujung minggu ni boleh lah balik. Haaa kan elok camtu

Please lah ... jangan merendahkan² agama Islam sampai camtu sekali. Tu yang orang kata Islam ni extremist. Menda mudah kot ... bukannya sambut Hari Bapa ko kena masuk Kristian ke hapa ... u know what I mean ?


Jangan pening² bleh tak ?



Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::