Posts

Showing posts with the label perasaan

:: Terus Taip ::

Sebenarnya aku suka menulis. Bila dah suka menulis, maka aku suka membaca. Of course lah, sebab bila dah tulis, haruslah kena baca. Duhh … Ok, point is … ada banyak menda aku nak tulis tapi aku tak sure sesuai ke tak nak letak kat blog aku nih. Memula its just sekadar tempat meluahkan perasaan. Pehtu dah berjangkit ke tempat aku letak resepi. Pehtu citer pasal anak. Pehtu jadi tempat lepas geram. Pendek kata caca-marba. Panjang kata entah apa saja la aku nak type saja nak tarik traffic supaya aku leh kuarkan duit dari akaun nuffnang. Cukup panjang ? Blogging for money had never been my attention. Aku ada entah, dekat 10 blog kot. Kakaka … aku gila ke apa ? Semua dah tak aktif, aku hanya tumpu yang ini saja. Lain semua aku nak delete lah. Semak jer bebanyak. Get what I mean ? Kalo aku gila trafik, gila orang klik nuffnang, dah tentu aku post 1 entry tapi sama je kat blog lain tu suma Blog had been a hobby. Food is passion. Writing is a dream. Dan menjadi kaya-raya, benti keje, lepak ...

:: Pukau ::

Image
Babysitter aku cuti seminggu. Operate tangan. Huhuhu macam nak jadi Robocop jer kan ? Makcik nih dah banyak menda dia operate. Lutut lah, rahim lah … entah apa je laie. Macam Bionic Woman sudah Jadinya … aku kena la cuti ! Sapa nak jaga anak aku weih. Mak aku dah busy jaga anak buah aku yang toddler tu. Ngan 2 laie anak buah yang dah sekolah tu. Kang pengsan plak Mak aku. Takpe lah … cuti aku berlambak Sudahnya bila dok berdua kat umah ngan Malliq … mula la bergaduh ! Hahaha … dia memang takleh dok aman ngan aku. Asik mau cari pasal je. Mana tak … aku nih dok umah banyak menda nak buat. Nak ngemas, nak masak, nak buat sample kuih raya, nak buat macaroons laie. Yang dia plak … kalo aku ada kat umah soh ngadap jer muka dia. Camner tu ? Anak sorang lah katakan … manja overdose Sudahnya pasangkan TV … pehtu menyesal mak ! Sudah kena pukau sampai orang lain nak tengok tv pun takleh. Kalo tekan info pun melalak tak kasi tukar channel. Padahal aku tekan info jer kot. Mau kena belasah jer...

:: 3 Biji Lampu ::

Apa kena la ngan tenet kat Mesia nih ... ke saya sorang jer yang bermasalah ? Asal nak buat keje jek tenet lemau. Aduyai ... masalah negara betul lah Sejuknya cuaca skarang nih kan ? Angin bukan main 'Dingin' laie ... huhuhu skema kot Entah apa la saya nak bebel laie Emm pasal keje ... bizi lah jugak. Biasa la awal taun Anak ... si Malliq secara rasmi dah tak minum susu baby laie. Dia skarang minum susu kotak Dutch Lady yang Kids [1-6 years old] perasa stoberi saje. Entah pesal le tetiba jer takmo. Tapi bab makan dah ok la. Cuma yang memeliknya, nak pedas ! Tak pedas bo layan ... memacam hal. Skarang masak suma kena pedas² sket. Masak kicap pun pedas. Baru ler taat setia nak makan. Kalo masak tak pedas ... makan sesuap pastu lari Skarang plak Malliq gila traffic light ! Apakah ? Pelik je lah hai budak nih ... masa kecik² ajar dia kira² traffic light tu ... kan ada countdown sebelum nak hijau tu kan. Jadinya skarang dah jadi obses plak nengok traffic light. Ajak main l...

:: Runsing ::

Image
  Saya tengah runsing. Memacam ada dalam kepala otak saya ni. Serabut sungguh Tapi … bila tengok bebudak ni tido … rasa tenang je. Walaupun nak suruh tido tu sempat la putus nyawa sekejap   Aman je tido Senang kan jadi kanak² … takde menda nak dipikir dan dirisaukan

:: Saya Maafkan ::

Image
Perasan tak tona suara blog ni dah berubah? Dulunya saya selalu guna AKU sebagai ganti nama untuk diri saya. Dan bahasa yang saya guna pula, bahasa sedap mulut saja. Hehehe … dan kebanyakkan cerita saya dalam blog ini adalah tentang perasaan saya yang selalu geram dengan benda yang saya tak puas hati. Suatu hari … saya pun tak tahu la kenapa, saya mula menggunakan pendekatan SAYA dan gaya bahasa yang agak terkawal sket. Bukan semua orang suka nak baca perasaan geram saya. Lagipun dalam blog saya ada memacam menda Sejak dari perubahan itu, saya rasa emosi saya agak stabil Mungkin juga disebabkan blog ini sebagai tempat saya melemparkan emosi yang tak berhala tuju … bila saya menaip dengan bahasa yang tenang dan emosi yang stabil, jiwa realiti saya pun turut mengikut tona yang saya luahkan di sini. Terus terang, saya orang yang susah nak marah. Tapi bila saya sudah marah … sila bersedia untuk Perang Dunia ke-3 ! Cerita ini bukan untuk mempromosi diri, tetapi tentang bagaimana dengan ...

:: Di Dalam Saya Ada Kawan ::

Image
You’ve Got A Friend In Me by Randy Newman You've got a friend in me You've got a friend in me When the road looks rough ahead, And you're miles and miles from your nice warm bed You just remember what your old pal said, Boy, you've got a friend in me Yeah, you've got a friend in me You've got a friend in me You've got a friend in me You got troubles, and I got them too There isn't anything I wouldn't do for you We stick together, we can see it through Cause you've got a friend in me You've got a friend in me Some other folks might be a little bit smarter than I am Bigger and stronger too Maybe but none of them will ever love you the way I do it's me and you, boy And as the years go by, Our friendship will never die You're gonna see it's our destiny You've got a friend in me You've got a friend in me You've got a friend in me

:: Perginya Seorang Sahabat ::

Image
Mak saya seorang yang peramah. Insya-Allah ke mana saja beliau pergi, memang mudah mendapat kawan baru. Ada juga kawan² kerjanya yang saya kenal dari kecil dan kebanyakkan kawan mak dan ayah memang kenal kami adik-beradik. Mana tak, muka dah la lebey kurang saja … kawan² mak dan ayah dah bosan melihat kami membesar depan mata mereka … hehehe Ada kawan² mak yang sakit … ada juga yang sihat, tapi tak ramai. Alhamdulillah, mak masih sihat dan saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada mak Bila kita akan dijemput Illahi, tiada siapa yang tahu. Salah seorang kawan mak, baru saja meninggal petang tadi. Sakitnya tak lama, seingat saya dalam 6 bulan kot. Dari makcik tu anak dara … sampailah beliau meninggal, itulah salah seorang dari geng ketat mak. Apa yang buatkan mak sangat sedih selain usia arwah yang 8 tahun lebih muda dari mak ialah … arwah hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Langsung tidak berusaha untuk menceriakan dirinya Sakit memang lah sakit … t...

:: Nak Tanya ::

Cuba korang baca ayat kat bawah ni : - - - Pihak jabatan masih tidak mengambil tindakan terhadap monyet, kera dan babi hutan yang sentiasa mengancam usaha-usaha pertanian penduduk kampung ini bagi menjayakan projek Bumi Hijau - - - Ayat tu aku amik dari minit mesyuarat. Dahsyat tol ayat diaorang nih guna buat minit mesyuarat. Betul ke ayat kat atas tu? Macam mana pihak jabatan nak ambil tindakan terhadap haiwan? Diaorang bukan tahu undang² pun ... Pendapat aku >>> Pihak jabatan masih tidak mengambil tindakan terhadap MASALAH monyet, kera dan babi hutan ( ... ) Naik biol aku menaip balik bangkitan minit mesyuarat nih ! ! !

:: Free Suntik Vaksin H1N1 ::

Semalam kat opis, Kem. Kesihatan offer Suntikan Percuma Vaksin H1N1 for 100 orang pertama jer. Dengan hegeh² suma mengoffer diri nak kena suntik. Soalan pertama of course lah tanya efek kena injek nih kan ... orang sepital punya jawapan standard 'takde apa lah' ... 'sakit sikit lah' ... dan memacam janji manis So ... lepas dah kena cucuk, aku naik opis balik. Rasa cam nak muntah pun ada. Then tangan aku sampai LAAAAA nih sakit dowh ... tensi betul. Malam tadi nak tido pun takleh ... mintak Incek Jaqued amik ice, bungkus ngan towel then letak kat tempat cucuk tu ... baru leh tido Ada orang kata vaksin nih cuma projek LAB RAT jer. ada kata toksah amik. memacam versi ada ... WTH lah kan, dah free tu kebas je lah. Kalo kat sepital pun kena 90 or private ... 120++ Rata² yang kena suntik suma tengah kesakitan lengan. Salah cucuk ke hapa tatau aaa. Memang sengal gila tangan ko. Rata² sakit² badan nak demam. Cam budak kena cucuk masa baby la kiranya Yang penting ... bos aku pan...

:: Now They Block Everything On The Internet ::

Akhirnya terjadi jugak perkara yang paling kita semua tak suka. FB kat ofis dah officially kena BLOCK! Same goes with blogger. Sebagai alasan content - Social Networking Senang² takyah ler ada internet kat opis nih. Biau INTRANET jer. Itu pun nak check e-mail opis. Nampaknya makin kaya la operator talian tepon. Berukband dan WiFi musti jadi barang hangat lepas nih. Esok aku kena cari tepon yang leh berFB dan berBlog lah jawabnya Haih ... duit laie. Nasib baik aku kaya. Hahahaha * Dipost dari igoogle - - - Nasib baik ler Google hebat!

:: Quickie ::

Image
Ahh ... lamanya tak update. Sangat sebok ngan menda tah pepe. Rumah dah kena serang taufan. Tonggang langgang toksah ler citer. Opis haru biru ... laie ler toksah citer. Apa² pun skarang semuanya akan kembali tenang dan normal dan ceria kembali ... hopefully Aku ada jer kat sini ... membaca jer posting² korang di alam maya tu. Cuma aku jer berdiam diri. Banyak menda yang menghalang aku dari mengupda te ... factor pertama ialah FB sudah jadi priority #1 then ... camera dah tak best ... pehtu takde mood Sesungguhnya takde sapa pun peduli kalo aku tak bagi explainations pun kan? Tetiba terasa cam nak bagi pantun : Ramai orang memandang rupa Hati yang baik dilupa jangan Update blog tidak dilupa Cuma masa menjadi halangan Ntah pepe je lah pantun aku nih kan?

:: Freedom of Speech ::

Image
Kalo semua dikontrol ... mana mau datang freedom nya? Tiada privasi Pics from here

:: Sila Gelakkan Diri Sendiri ::

Lately nih sejak masuk tahun baru ... bos aku nih makin menjadi² la dia punya sengal. Maleh la aku nak citer dia buat apa ... pokoknya dia SENGAL with capital S-E-N-G-A-L Aku jadi kelam-kelibut dalam opis tu ngan opismet ku yang seko tu lah. Dah ler mamat tu bulan 3 nak kawen. Sure tengah serabut putar alam kan ... bayangkan ler betapa betapa betapa nyer kusut aku kat opis tuh Nak jadi citer ... satu hari nih, masa kat opis dah lengang² camtu, tetiba dia laung dari belakang 'Seno ... macam mana saya nak bukak facebook Najib si PM tu? Saya nak berinteraksi dengan dia lah ... ' Aiseh ... aku ngan pantas [maklumlah pekerja cemerlang] 'Ok puan, nanti saya tengokkan' Yadda yadda yadda 'Puan, kalo puan nak bukak Pak Jib nyer fesbuk puan kena ada fesbuk dulu. Kalo tak nanti takleh nak berinteraksi plak' 'Facebook tu amenda plak? Saya tak reti nih ... awak buatkan la' ... After 5 menet ... 'Ok, skarang puan masuk sini, klik sini, bla ... bla ... bl...

:: Sangkut La Plak ::

Ok ... so far so good ... ini ler cat umah yang aku pakai skarang. Terang benderang merahnyer ... ceria sket ek? Tapi lelain menatang aku nak update takleh plak nak update. Blogroll ilang, top post ilang ... counter pun takleh nak upload. Server problem la plak ... takpelah, balik umah aku sambung betulkan balik semula Happy blogging again to me!

:: Tak Pernah Tau Pun ::

Image
Taun nih berkobar tau kitaorang nak raya ... siap beli pelita pacak tu 3 batang. Lampu lip-lap taun lepas masih elok ... so pakai jer sampai jahanam Al-kisah pelita ni plak, dah ada pelita harus ler ada minyak tanah baru leh idop apinya. Berposak kitaorang cari minyak tanah ... satu negeri dah ronda, semua kata takde Tiba kat mana tah ... soh cari kat Petronas. Biau ler betul pokcik pelita nih. Petronas jual minyak tanah dalam tong ke? Ada ke? Entah ler ... redah je la. Orang kata ada tu, ada la kot Memula pegi Petronas A, ilek poochit. Merepek jer Petronas ada jual minyak tanah ... karut tol. Esok je lah cari kat hardware. Tapi hati masih tak tenteram selagi pelita tak pasang Ronda lak ke Petronas B ... dikejauhan aku nampak ini Sumpah ... aku tak penah tau pun minyak tanah ada jual camnie. Selama nih aku ingat minyak tanah jual dalam bekas kecik² tu jer. Hai ... rupanya banyak menda laie aku tak tau ek Beli 2 liter ngan harga 4 hengget. Kira murah lah ... tak kira la berapa harga. Ja...

:: Kisah-kisah Malang ::

Image
#1 Tak berjaya jadi hero raya taun nih. Hanya mampu siapkan kuih raya dan kudapan yang lain. Baju raya bo-liao. Sempat potong dan cantum sket² jer. Nak completekan tak sompek. Tapi kalo nak pulun buleh jugak. Tapi kena balik kampung Incek Jaque pada hari Sabtu. Sudahnya tak sempat pulun. Misi tak berjaya kerana dok meleka rasa macam banyak masa padahal dah ler tak pro … berlagak macam tukang jahit professional Padan muka #2 PC kat opis dah tukar baru the whole set tapi tak perform. Harap set jer baru harga ribu-riban. PC kodok terchenta tu pun laie bagus performance. Bukak excel pun terkebil² sampai ‘hang’. Sangat pening kepala nak settlekan kerja yang bertimbun sebelum cuti raya Sakit hati #3 Dah apply cuti raya seminggu. Kena rejek … sampai kena conteng borang cuti kitaorang. Kot yer la takmo bagi cuti … takyah ler buat camtu sekali. Bos kata tak leh cuti sebab nanti kalo dia pegi meeting takde sapa ada kat opis … Hello! Sapa jer la nak buat meeting 1st week raya. Akhir...

:: Preparation Ala Kadar ::

Image
Diam tak diam, Ramadhan tiba lagi. Kalo taun lepas aku preggy, langsung takde nafsu nak buat preparation … taun nih rasa semangat sket. Ye lah, bertaun² raya ngan mak ayah, adik beradik. Bila dah kawen, raya ngan laki … lama la gak raya ngan laki, berdua jer. So taun nih dah ada cahaya mata sendirik. Harus la hepi gitu … Agak berkobar di situ Kisah sebenarnya ialah taun nih aku bercadang nak menjual kuih raya. Itu adalah bahan² nak buat sample kuih raya … sehari ke sehari asik postpone jer … banyak sangat hal dan halangan. Akhirnya, aku amik tempahan 1-2 kengkawan jer. Taun depan jelah kot aku buat biz nih. Laie pun si Malliq kecik sangat, dia sebok melalak jer skarang … nak ajak main Ini baju raya kitaorang Taun nih aku berazam nak jahit sendiri baju raya aku. Yups … bikin sendirik jer. Cantik tak cantik belakang kira. Tapi harus la mesti pastikan canteks. Tema taun nih hijau … entah la. Lately nih aku cam suka lak warna ijau. Aku pun tak banyak baju ijau … buleh ...

:: Kadang Kala Ianya Mudah ::

Image
Bacalah sebanyak mungkin

:: And I Think I'm A Bad Mother ::

Image
Kadang² aku rasa aku ni bukan la mak yang baik sangat pun. Macam tak layak je jadi mak. Ye lah, tengok orang lain membesarkan anak² ... aku rasa apa yang aku buat nih below par jer ... cam nanti kesian anak aku bila besar nanti. His childhood not as grand and memorable like others. Tak tau la pesal ... mungkin sebab semalam Hari Ibu yang pertama bagi aku, takde rasa achievement langsung sebagai ibu. Hahaha ... what do you expect from a 5 months baby la kan? Bukan buleh wish Happy Mother's Day @ give me a nice card. Anyway ... hari nih rasa rindu pulak kat Malliq ... tengah buat apa la dia sekarang Aku bukan bangsa mak² yang akan tepon every 2-3 jam tanya anak buat apa. Ye lah, anak aku cakap pun tak reti laie. No point pun aku nak tepon. But some mothers yang akan call nursery @ nanny tanya anak camner so on so forth ... Me? Nope ... aku percaya diaorang menjalankan tugas dengan baik. Aku harap diaorang menjalankan tugas dengan baik Teruk ke aku? Buat tak kisah je ke aku? Pern...

:: Saya Jiwa Kosong ::

--- TIADA UPDATES BUAT SEKETIKA KERANA TUAN TANAH KEDAUNG MENGALAMI SINDROM SAKIT HATI / STRESS / TEKANAN PERASAAN / JIWA RACAU / MALAS MELAMPAU YANG TIDAK MEMBENARKAN TUAN TANAH MENULIS DENGAN LANCAR --- HARAP MAKLUM