Posts

Showing posts with the label gambar

:: Apa Salahnya Bergambar Keji - Part Berapa Ntah ::

Image
Hahaha ... Lama tak letak gambar keji dalam blog nih Ini ada satu untuk tatapan korang    

:: Klik-klik #2

Image
Malliq boleh dikatakan kanak-kanak Hyper ! Nak suruh dia duduk diam selama 5 saat adalah perkara mustahil. Mission Impossible kut? Diam ketika tidur sahaja. Itu pun siap kaki tangan melayang sepak terajang Mak dan Ayah nya. Makan pun kalau dalam baby chair dia tu, kejap saja … lepas tu nak terjun keluar. Tapi … Malliq sangat cepat belajar. 5 minit sahaja dia dah buleh capture apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah … Kata orang, budak bijak memang tak buleh duduk diam, sebab otaknya ligat berfikir. Betul juga kan? Kalau anak kita lemau jer … laie la kita susah hati. Ok lah Malliq, dunia nie luas … sila la explore – dengan berhati² ya ! Mak dan ayah akan bertahan la ngan keHYPERan awak tu. Maaf jika terserempak dengan saya yang tengah serabut menahan karenah budak kecik yang curious ini

:: Klik-klik #1 ::

Image
Ini sesi mengetest kamera baru ... gambar tak berapa nak lawa kot. Maklumlah, aku nih newbie jer. Hal² berkaitan shutter speed ka, aperture ke hapa ... memang sumpah la tatau pepe. Tapi ! Semangat nak belajar tu tetap ado weih ... nanti ler aku google sket² So ... ini la hasil tembakan tak berapa nak tepat aku …     Hehehe ... rubber chicken yang sangat annoying bunyi nya. At the same time sangat comel. Itu jer subjek yang menarik depan mata. Oh ya ... gambar² nih di edit menggunakan software picnik . Yang aku edit pun takde banyak. 1st pic - jadikan collage dan letak watermark. 2nd pic - soft focus & watermark. 3rd pic - letak watermark sahaja. Kalo PC korang takde editing software untuk gambar ... buleh guna picnik untuk edit. Senang sangat dan korang leh edit gambar kat memana sebab ianya secara online Ini ada contoh gambar sebelum dan selepas di edit Nampak tak bezanya? Mana laie best pada pandangan mata korang?

:: Westernised Menu ::

Image
Ini makanan di MMC Masa Malliq kena warded akibat H1N1 Nurse kat situ suruh aku isi borang Senarai makanan sepanjang diwarded Satu hari Untuk dinner aku mintak western food Sebab b/fast - Melayu Lunch - Cina Malam aku saja la tukar omputih Akhirnya ... makanan yang di atas yang sampai Kentang rebus Nuggets & Fish Cakes Salad Kecewa betul So much for western food ! Oh ... Ini hospital lah Haiyo

:: Pancit Daa ::

Image
Kejam sungguh si paku itu Besau kan? Kisahnya Incek Jaque langsung tak perasan tayar keta dah kepet Time nak amik aku ... Pakcik Jaga tegur tayar tu dah penyet Ini macam kalu ... kalo tampal jer memang takleh la jawabnya Nampak gaya kena tukau tayar baru ... Tak suka betul Perbelanjaan Luar Jangka nih Selamat menukar tayar ye Incek !

:: Cobaan ::

Image
Tepon N70 aku dah kong … kejap² memory full. Dah buang segala mak nenek gambar lah, SMS lah still kata memory full – Delete some data – Cannot perform … Hadoi lah. Tekanan perasaan betul aku dibuatnya Oleh sebab nak buat apa pun takleh dah tepon tu … hatta dolmat nak bukak inbox pun takleh, aku kecek la ngan laki aku, soh belikan tepon baru … tapi aku nih kan isteri yang baik, tak pandai meminta² huhuhu … aku mintak belikan tepon nih jer Murah sajork … RM78 Siap colour screen, the paling basic function – buleh text, buleh call itu yang paling mustahak. Another factor yang paling penting ialah PALING MURAH!!! Termurah di pasaran … tak caya gie cari sokabo Takleh ler aku nak m-blog laie. Apak aku dok send MMS gambo kat China pun buat aku sakit hati jer takleh nak bukak Aku adalah sangat berjimat-cermat. Buktinya … sarung tepon nih pun aku kebas ntah sapa punya kat umah mak aku tu … hahaha. Orang dah takmo, aku pakai je lah. One man’s trash is another man’s treasure. Betul ...

:: Kocham je ~ It’s Polish ::

Image
मैं उन्हें प्यार करता हूँ ~ It’s Hindi 난 그들을 사랑해 ~ It’s Korean 私は彼らの愛 ~ It’s Japanese 我愛他們 ~ It’s Chinese אני אוהב אותם ~ It’s Hebrew Аз ги обичам ~ It’s Bulgarian Λατρεύω τους ~ It’s Greek من آنها را دوست ~ It’s Persian Я люблю их ~ It’s Russian Волим их ~ It’s Serbian ฉันรักพวกเขา ~ It’s Thai Я люблю їх ~ It’s Ukrainian ♥ There are so many ways to say it. It doesn’t matter what language you use, its the matter of saying it to you loved ones ♥ “I Love Them” ~ It’s English! Truly Blessed, Credits Thanks to Google Translate for the above translation. You can find it here New! Create content in other languages in an easy-to-use translation editor. Start using Google Translator Toolkit

:: Oz Down Under 2 ::

Image
Aku terlupa nak citer satu kisah kelakar lepas jer kitaorang landing kat Sydney Airport aritu. Oleh kerana ketiga² peserta rombongan Cik Kiah nih tak penah la travel sendiri … kitaorang cam ikut jer la vontot orang. Mana nak amik luggage, mana nak bawa diri kuar dari airport. Memang la kanciong … cuak seih. Aku tak malu nak kata aku cam jakun sket, sebab ater nyer … memang tak penah la pulak aku naik plane Oleh sebab akak aku lak ada kirim makanan, dalam beg kitaorang nih penuh la segala macam. Ada nasi himpit lah apa lah … so sebagai orang jujur la kan … pegi la nak declare. Sebab masa kat airport tu ada la sign kata kena declare kalo bawak makanan watsoever kan Tengah kitaorang dok bongok² tak tau mana hala nak pegi tu … mak aku pun kengkonon la nak tanya pak guard kat situ mana nak pegi semua kan? Mak aku pun tanya la pak guard nih … “ Hello sir, excuse me” mak aku la kata. Punya la bersopan ayat mak aku “ Yer makcik, selamat pagi. Boleh saya bantu?” Kah kah kah … cuba bay...

:: Oz Down Under 1 ::

Image
Ini entry hutang paling lama nak settlekan. Makan 2 taun. Dari aku belum preggy sampai ler dah kuar si Malliq tu. Skarang Malliq pun dah nak masuk 7 bulan … pergh. Sungguh ler lama. Tapi … ada sesapa ke yang tunggu entry nih? Korang tak tunggu tu memang ler … sebab korang tak tau. Yang menunggu tu ialah Mak aku. Huhuhu … sorry la Mak. Entah bila ler saya nak print gambo Mak tu … layan ler dulu kat sini yer … Ampun!   Sebelum berangkat dan di dalam airplane Ini kisah kami 3 beranak menjalankan misi ziarah akak aku yang ketika itu dok kat Canberra, Oz. Ada lah sket masalah, jadinya Mak aku ngan Iwan, adik aku, nak le pegi jengah akak aku. Tetiba jer aku kena paksa pegi sekali … sebabnya diaorang tak berani nak pegi sendiri². Cheh … macam ler aku berani sangat Kenapa tak berani nak pegi sendiri²? Sebabnya … kitaorang pegi secara backpacking. Takde le backpacking beno cumanya segala transportation, segala lodging adalah sendiri². Takde ikut agent ke apa. Memang totally sendiri² i...

:: Apa Salah Bergambar Keji ~ Retro Style ::

Image
Ini adalah gambar yang paling nostalgic sekali. Memang agak keji sebab ayah aku (disyaki) amek gambo aku tengah baik punya layan hingus meleleh. Hahaha … yer kengkawan. Yang mungil dan tembam dan segar bugar itu tak lain dan tak bukan ialah aku. Dengan rambut kenteng² tu … I wonder lah naper bila besar stret jer rambut aku Masa nih aku berapa umur pun tak ingat lah … ada lah kot dalam setaun kot? Humakaiih … aku adalah baby yang membesar ngan sihat. Kah kah kah … tak sure lah umoq baper Tok Gigi Mas is actually my mak punya mother. Nenek la kiranya. Tapi kitaorang nih masa kecik² bantai semua orang panggil Tok jer. So sebab semua panggil TOK … kitaorang ada varieties of TOK such as : Tok Gigi Mas – my mom’s mother : she got 2 gold teeth … biasa la orang dulu² Tok Medan – my mom’s father : cuz he lived in Seri Medan Tok Meja Panjang – Tok Medan’s sister : cuz she got this long long low legged table (cam meja jepun tu) serving tons and tons of kui...

:: Memindang Menelur ::

Image
  Sapa nak beli telur pindang? Ini gerenti sedap tak menyesal punya. Bahan² Telur Pindang Daun senduduk Daun jambu batu Daun manggis Ketumbar Jintan Manis a.k.a Jintan Kasar Kulit bawang merah Asam Jawa Cuka Serai Lengkuas Kicap Pekat Kicap Masin Garam (jika perlu) Dan of course lah telur Masak ngan api yang kecil selama 3 hari 3 malam Takde sukatan khas. Semuanya guna GERAK HATI … hentam saja lah labu . Hanya yang berbakat saja buleh guna gerak hati. Hehehe … memang takde sukatan. Kitaorang masak nih main agak² jer … dan juga melalui pengalaman. Kalo mak² kita masak selalunya mana ada sukatan. Kalo dah biasa masak … sure dah buleh agak. Kalo aku lak masak guna hidung. Bau tu buleh tau masin ke, tawar ke … entah lah ek. Ikut bakat memasing lah yer … Ini telur pindang untuk majlis kenduri kawen adik aku yang berlangsung pada Ahad, 14 Jun 2009 Tokey Telur Pindang,