:: Projek Suka Hati #4 ::
Cantek sangat la pulut kuning tu. Hehehe … ini namanya dah takde keje. Terlebih rajin la kekdahnya. Susunan pulut kuning nih sempena birthday anak buah aku yang kedua – Darwish @ Aish @ Adik. Dia nih anak akak aku yang bongsu. Umor 4 taun. Mulut tersangat becok … sampaikan bapak aku penah ter’eksiden’ gara² dia pok pek pok pek non stop dalam keta sampai orang jadi sasau. Aku kalau bawak dia naik keta … jenuh suruh dia diam. Cakap tak berenti macam radio rosak Kisahnya masa dia umur dalam 2 taun camtu, semua orang risau naper dia cam takleh nak bercakap laie. Even sket² pun takde. Yang kuar cakapnya suma bunyik Korea [Ini kes masa dia baby, dok dalam kandang depan TV … mak aku plak baru² pencen dok melayan citer Korea hari² dari pagi sampai ke malam … kakaka] Satu hari tu budak kecik nih asik demam jer. Pegi klinik dah beratus habis pun tak bebaik. Sampai dah baper bulan jugak lah … kejap baik demam, kejap baik …. kang demmmmmaaam balik. Sampi naik risau semua orang Aku buat cup...