:: Food Diary ::

Mari tengok apa yang kitaorang dah bedal these past weeks. Saja nak share dan remind myself … not to repeat the food dalam masa² terdekat. Ye lah, selalu saja tak ingat apa yang dah dimakan. Tetapi selalunya sengaja Hilang Ingatan … hehehe

collage1

Ini kami makan pada 11 Oktober 2010 sempena Birthday Celebration Incek Jaque. Makanan ialah Lemon Cheesecake, Vietnamese Beef Noodle, Seafood Curry Laksa and Kid’s Burger. Skarang Secret Recipe adalah sedikit membosankan … sebab dah selalu sangat kot? Jadinya … after 3 months baru leh repeat sini

collage2

Ini pulak kami makan pada 17 Oktober 2010 sempena birthday saya. Tapi saya buat makan² sket untuk 3 orang yang hari dilahirkan sama pada bulan Oktober. Incek Jaque 11/10, Maisarah si Tepop adik saya 12/10 dan saya 17/10. Huhuhu meriah betol. Saya masak Lemon Rosemary Roast Chicken, Cucumber Riata, Butter Rice, Gulai Ikan Tongkol (abang saya tak makan ayam … ini spesial kes) dan Incek Jaque buat Air Khatira. Semua sedap … terus tekanan perasaan takut berat naik … hahaha

Birthday cake tu bukan saya buat. Tokay kek tak buat kek untuk birthday sendiri maa. Itu mak saya sponsor … hehehe

collage3

Bila dah bosan makan kat luar, lauk² simple macam ni cukup membuka selera. Makan pulak dengan nasi panas … fuuhhh. Ikan bilis goreng kicap ngan cili padi dan telur dadar. Sedap nya lauk baling² ni … hehehe. Ini dimakan pada 18 Oktober 2010. Sekarang, buleh dikatakan setiap hari juga saya masak untuk makan malam. Rajin sebab dah bosan dan tepu makan kat kedai

collage4
Dan ini pula pada 19 Oktober 2010. Kan dah kata … angin rajin sudah melanda. Ikan Keli Goreng Sambal dan Sayur Petola Rebus. Nyaman jer …

ayam 
Sempena sambutan Melaka Maju pada 20/10/2010 semalam … saya buat makanan paling senang … defrost sahaja semuanya dan humban ke dalam oven. Chicken Wings, Chicken Satay dan Fish on Sticks. Dapat makan separuh jalan jer sebab ada hal lah pulak nak kena keluar. Bila dah sampai rumah balik, semut pun dah hurung, terus hilang mood mau makan. Nasib baik cuma tinggal kepak ayam tu 6 ketul … makan laie sikit pehtu tak selera dah ….

Macam mana ngan diari makanan korang? Bila semak² … lama rasanya tak makan sardin. Terliur la pulak …

yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::