Posts

Showing posts from January, 2009

Super Easy Lunch Pizza

Image
Masuk oven Kuar oven Bahan nyer mudah ajer Kepingan puff pastry ~ guna jenama Kawan Tomato puree ~ guna jenama Delichef Black pitted olive ~ yang itam² tu Chicken Sausage ~ Ayamas Mushroom Crabsticks Filamen ~ guna jenama Kami Nenas ~ dalam tin je senang Cendawan butang ~ pun dalam tin Mozarella Cheese ~ guna yang buku, buleh parut sendiri banyak² Bila dah tepek suma bahan atas puff pastry Macam dalam gambar pertama tu Aku drizzle sket ngan EVOO [Extra Virgin Olive Oil] Baru bakar supaya rasanya lebih solid Ye ke? Hehehe Yang penting sedap dan aku kenyang

Malliq & Achilles' Heel Nya

Image
Ingat tak post ini ? Pasal Malliq dan kelemahan nya? Hehehe Malliq kalo tido nak berkepit jer Mana leh tahan ... nanti susah orang nak jaga Sebagai Mak Ayah yang kreatif Kitaorang dah dapat carikan pengganti Supaya tak menyusahkan orang yang jaga dia nanti Ini dia! Nama nyer Octavius Bila letak camnie Malliq rasa macam ada orang peluk dia Nasib baik la belum pandai laie Kalo tak mesti Mak Ayah dah kena dakwa Ini buleh kira menipu kanak² ke?

Double Prosperity

Image
Aritu Incek Jaque beli McD kat drive-thru Aku order ~ Double Cheese Burger Plain Extra Cheese Incek Jaque nak makan Double Prosperity Burger Bila sampai umah Aku tengok burger Incek Jaque lain macam Rupanya salah burger daa Dapat prosperity burger biasa jer Kitaorang pegi balik kat drive-thru Dapat double prosperity For free! Aku pegi umah mak Incek Jaque ada meeting Aku kongsi makan burger tu ngan Mat Cuki Tapi Pedas giler lada hitam tu Tak sedap Tak dapat pun takpe Tapi dah dapat ... makan je lah

Itu Dahulu

Image
Kurusnya aku dalam gambar ni Ini gambar 6 taun lepas Skarang ... Nak amik gambo pun dah malas Tak salah aku masa ni 60 kg kot Paling kurus aku penah timbang Ialah 50 kg Arwah nenek aku ingat aku masuk kem askar Sebab aku terkenal sebagai cucu yang sentiasa berselera makan Tetiba balik kampung pipi tembam dah takde Walaupun aku 50 kg Aku takde merangka Masih banyak daging Tak masuk kategori aneroxic Itu masa memula berjauhan ngan family Gie belajar Aku cepat nampak BESAR Kerana rangka aku Dan athletic built Swimming, Taekwon-do, Sports Aku sangat cergas Itu dahulu Sekarang aku sangat malas

Baru Tau

Image
Aritu ... Isnin lepas Aku dengan penuh semangat tengok citer ni Selalunya tak tengok ngan tekun Baru aku tau Sergeant Hassan itu orang Jasin Dan cerita perang² itu berlaku di Melaka Siapa buat salah ngan askar Jepun Mereka akan dihantar ke bandar untuk dipenggal Masa aku sekolah, top betul Citer sekolah aku tu tempat jepun potong kepala Siap ngan keramat kat belakang sekolah Kitaorang tak takut pun Lebih pada teruja nak explore Kengkonon leh jumpa hantu lah kot Last² memang jumpa hantu Hantu cikgu disiplin Yang sedang naik hantu Dan merotan anak murid yang penuh rasa sifat ingin tahu Best kan masa zaman sekolah?

Cuti Kejap

Sempena bercuti sebab berpantang Aku pun bercuti menulis dan mengupdate blog Ternyata ianya merugikan Laie pun aku tengah sibuk melayan kerenah Malliq Cuma semalam aku berjaya jumpa kelemahan* dia Dan hari ini aku telah berjaya tidur dengan nyenyak * Kelemahan apa kah? Nanti aku blogkan * Mungkin selepas ini baru lah aku buleh update blog ngan aman Harap² begitulah hendaknyer Oh yer ... minggu lepas aku sangat bosan Lalu aku telah membuat kuih seri muka sebanyak 2 talam Dan jugak seperiuk Bubur Asyura Ekspres Langsung takde gambar Kamera kesayangan ku telah hilang dari pandangan Tapi kuih dan bubur sangat sedap Nanti aku letak resepi nyer ya Bubur Asyura@Bubur Lambuk Dalam kes aku dah jadi bubur lambak sebab banyak gila Jadi rezeki 2 jiran kesayangan aku 1 rumah diseberang jalan dan 1 rumah disebelah kiri Oleh kerana berlambak Aku buat acara makan² hujung minggu di rumah mak Malam itu kami semua makan nasi dagang Hujung minggu yang tenang Selepas beberapa hari Aku jumpa semula kamera k

Hip Hip Hip

Image
Hip Hip Hippo ??? Hooray lah Malliq Rayyan arinih sudah sebulan Alhamdulillah kerana membesar tanpa banyak ragam Malliq Rayyan dalam pangkuan mak Baru berusia 2 hari ~ hari keluar sepital (Aku naik wheelchair sebab aku kan C-Sect) Malliq bersama sepupunya Aish Berusia 3 hari ~ Hari Raya Korban (hari sepatutnya due bersalin) Malliq yang kekuningan (jaundice) Berusia 5 hari ~ baju bukan main besar (itu baju Aish tu ... recycle jer ... baby cepat besar) Malliq kena timbang ngan nurse Berusia 11 hari - 3 kilo ajer (berat lahir 3.2 kilo ... turun sket) Malliq kekenyangan lepas menyusu Berusia 11 hari ~ baru pandai isap susu badan (aksi kena tembak ... pose mahal nih) Malliq suka tido bungkus² camnie Berusia 13 hari ~ di rumah Mak Tok (heran tol ... lena lak tu tido sampai ke pagi) Malliq sangat suka isap susu sambil pegang muka Berusia 15 hari ~ sudah setengah bulan (agaknya takut orang curik botol susu dia) Malliq tido atas rocker yang Atok belikan Berusia 19 hari ~ Alu! Salute! (juga suk

Idola Kecil

Hehehe ... aku skarang kurang idea nak menulis, apatah laie nak menaip. Sila lah layan gelagat anak abang aku yang bakal berumur setahun pada 31 Januari ini Presenting Aleeysya Khaeyrah (betul ke ejaan nih? panjang bebenau) Oh yer ... sila abaikan suara sumbang yang sedang berkaraoke itu